Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perubahan Medishield Hayat: Pesakit barah keluar belanja lebih rendah bagi rawatan mulai Sep 2022

Para pesakit barah akan mengeluarkan belanja lebih rendah bagi rawatan apabila perubahan kepada MediShield Hayat berkuat kuasa September tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Aug 2021 07:51PM Dikemas Kini : 17 Aug 2021 08:50PM

SINGAPURA: Para pesakit barah akan mengeluarkan belanja lebih rendah bagi rawatan apabila perubahan kepada MediShield Hayat berkuat kuasa September tahun depan.

Bil ubat-ubatan bagi lebih ramai pesakit barah juga akan ditampung sepenuhnya.

Hampir 90 peratus rakyat Singapura yang menerima subsidi bakal meraih manfaat itu berbanding sekitar 70 peratus sekarang.

Senarai baru rawatan barah sebagai pesakit luar, yang terbukti berkesan dari segi perubatan dan kos, akan diperkenalkan.

Ia meliputi 90 peratus rawatan ubat-ubatan barah sedia ada.

Dengan senarai baru itu, para pesakit boleh membuat tuntutan hingga S$9,600 sebulan, naik daripada S$3,000 sekarang.

Para pesakit juga boleh membuat tuntutan lagi S$1,200 setiap tahun bagi khidmat-khidmat seperti imbasan, ujian darah dan konsultasi dengan doktor.

Had pengeluaran wang Medisave juga akan disesuaikan selaras dengan perubahan Medishield Hayat itu.

Subsidi lebih tinggi juga diberikan bagi ubat-ubatan yang lebih mahal.

Mereka dengan pendapatan per kapita isi rumah antara S$2,800 hingga S$6,500 boleh mendapat subsidi sehingga 50 peratus.

Sebelum ini golongan pesakit tersebut tidak menerima subsidi.

Sumber : CNA/ZM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan