Skip to main content

Singapura

Perubahan kepimpinan di SPH Media Group, editor baru dilantik bagi Straits Times, Business Times

Anggaran Waktu Membaca:
Perubahan kepimpinan di SPH Media Group, editor baru dilantik bagi Straits Times, Business Times

Bangunan Singapore Press Holdings yang terletak di 1000 Toa Payoh North. (Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 11 Oct 2022 08:28PM Dikemas Kini : 11 Oct 2022 08:30PM
SINGAPURA: SPH Media Group mengumumkan beberapa perubahan pada jawatan kepimpinannya pada Selasa (11 Okt), sejumlah editor baru menerajui The Straits Times (ST) dan The Business Times (BT).

Ketua Editor bahasa Inggeris/Melayu/Tamil SPH Media (EMTM) yang juga Editor ST, Warren Fernandez akan meninggalkan syarikat tersebut untuk peluang profesional lain, lapor ST.

Beliau akan digantikan Editor BT Encik Wong Wei Kong, sebagai Ketua Editor EMTM.

Kumpulan EMTM merangkumi ST, BT, Berita Harian dan Tamil Murasu.

Encik Jaime Ho, yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Editor CNA Digital, akan mengambil tempat Encik Fernandez sebagai Editor ST.

Jawatan Encik Wong di BT pula akan digantikan Editor Eksekutif BT, Cik Chen Huifen.

Semua pelantikan itu berkuatkuasa pada 26 Oktober, lapor ST memetik kenyataan SPH Media pada Selasa (11 Oktober).

Encik Fernandez menerima biasiswa Singapore Press Holdings (SPH),, dan menyertai ST pada 1990. Beliau dilantik sebagai editor berita, editor luar negara dan timbalan editor sepanjang tempoh bertugas di syarikat itu.

Beliau meninggalkan SPH pada 2008 dan mengambil jawatan pengurusan di Royal Dutch Shell sebelum kembali dilantik sebagai Editor ST pada 2012 dan Ketua Editor EMTM pada 2016.

Encik Khaw Boon Wan, pengerusi syarikat induk SPH Media, SPH Media Trust, menyampaikan penghargaan atas sumbangan Encik Fernandez sepanjang tempohnya bersama ST.

“Kami ucapkan selamat maju jaya kepada beliau pada masa depan," kata beliau.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita