Perubahan iklim mungkin sudah percepat kadar kematian penduduk Asia sepanjang 40 tahun lalu
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Mediacorp
SINGAPURA: Perubahan iklim mungkin sudah mempercepatkan kadar kematian penduduk Asia sepanjang 40 tahun lalu.
Satu kajian oleh Universiti Teknologi Nanyang (NTU) mendapati fenomena cuaca seperti El Niño sudah memburukkan lagi pencemaran udara dan mengakibatkan lonjakan 14 peratus dalam jumlah kematian pramatang.
Suspek utamanya adalah zarah PM2.5, yang berukuran 2.5 mikrometer atau sekitar 30 kali lebih kecil daripada sehelai rambut.
Pelepasan bahan pencemaran daripada kenderaan, proses perindustrian dan bencana alam seperti kebakaran hutan boleh meningkatkan lagi penumpuan PM2.5, sekaligus lebih memudaratkan kesihatan manusia.
Oleh kerana ia terlampau kecil, zarah itu boleh diserap jauh ke dalam paru-paru manusia lalu menyebabkan pelbagai isu kesihatan seperti angin ahmar, penyakit jantung dan juga barah paru-paru.
Di Asia Tenggara, sekitar 7.1 juta kematian pramatang disebabkan oleh pencemaran udara.
Walaupun tiada perangkaan sedia ada mengenai Singapura secara khususnya, NTU menyatakan ia merancang melakukan kajian tertumpu ke atas Singapura di masa hadapan.

Sumber : CNA/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.