Pertunjukan Udara SG bakal sorot 8 acara terbang lalu; pesawat C919 China akan buat kemunculan sulung
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: Peter Parks/AFP
SINGAPURA: Pertunjukan Udara Singapura tahun ini akan menampilkan lapan acara terbang lalu, dengan penampilan sulung pesawat C919 dari China di acara tersebut.
Acara itu akan diadakan dari 20 hingga 25 Feb di Pusat Pameran Changi.
Lapan pertunjukan udara tersebut akan melibatkan enam angkatan udara serta dua syarikat komersil, menurut penganjurnya Experia dalam satu kenyataan media pada Jumaat (9 Feb).
Salah satu sorotan acara pertunjukan udara tahun ini adalah C919, sebuah pesawat yang mempunyai rangka badan kecil, yang dibangunkan oleh pengeluar pesawat China, COMAC.
Ia merupakan jet penumpang pertama yang dibangunkan secara domestik oleh China dan direka untuk bersaing dengan pesawat Boeing 737 dan Airbus A320.
Penerbangan komersil sulung C919 dikendalikan oleh China Eastern Airlines antara Shanghai dengan Beijing pada Mei lalu.
Selain C919, barisan pertunjukan tahun ini melibatkan pasukan pertunjukan helikopter Sarang Tentera Udara India, yang akan membuat penampilan sulungnya di Pertunjukan Udara Singapura.
Rolet Tentera Udara Diraja Australia, Helang Hitam Tentera Udara Republik Korea dan Pasukan Aerobatik Jupiter Tentera Udara Indonesia juga akan dipamerkan.
Sementara itu, pesawat B-52 Stratofortress milik Tentera Udara Amerika Syarikat akan melakukan terbang lalu pada 22 Feb ini.
"Melengkapi senarai itu ialah pasukan paparan udara bersepadu Tentera Udara Republik Singapura yang akan menampilkan jet pejuang F-15SG dan helikopter penyerang AH-64D Apache," jelas Experia.
Sebuah pesawat A350-1000 Airbus juga akan membuat penampilan di acara tersebut.
Pertunjukan udara itu akan berlangsung sekali saja dalam sehari pada pukul 12.30 tengah hari pada 20 Feb serta 11.30 pagi pada 21 Feb dan 22 Feb. Pada hujung minggu pada 24 Feb dan 25 Feb, terdapat dua pertunjukan yang akan diadakan setiap hari pada 11.30 pagi dan 2.30 petang.
Menurut Experia, jadual dan waktu itu tertakluk kepada perubahan. Para pengunjung dinasihati supaya menyemak laman Pertunjukan Udara Singapura untuk mendapatkan kemas kini.
Dalam satu kenyataan media, pengarah pengurusan Experia, Leck Chet Lam berkata: "Persembahan terbang sering menjadi sorotan utama di Pertunjukan Udara Singapura. Memandangkan orang awam diberi akses terhad atau tiada langsung di dua edisi lalu disebabkan langkah-langkah keselamatan yang dilaksanakan semasa pandemik, kami menjangkakan minat yang tinggi terhadap pertunjukan terbang lalu akan datang.
Orang awam boleh mendapatkan tiket bagi 24 Feb dan 25 Feb, yang menyediakan akses kepada kawasan pertunjukan pesawat statik, menerusi SISTIC.
Barisan pertunjukan statik itu akan diumumkan di laman Pertunjukan Udara Singapura kelak.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.