Skip to main content

Singapura

Pertunjukan Udara SG 2026 tarik jumlah rekod 65,000 pengunjung perdagangan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Feb 2026 09:32PM Dikemas Kini : 03 Mar 2026 07:16PM
SINGAPURA: Pertunjukan Udara Singapura tahun ini menutup tirainya dengan pencapaian memberangsangkan.

Jumlah rekod seramai 65,000 pengunjung perdagangan hadir kali ini, iaitu bilangan tertinggi sejauh ini.

Pelbagai perjanjian jutaan dolar dicapai yang sekali gus mengukuhkan daya saing jangka panjang Singapura selaku hab industri aeroangkasa global.

Antaranya termasuklah perjanjian untuk syarikat kejuruteraan Amerika Syarikat, RTX, melabur S$139 juta di Singapura.

Langkah ini akan membawa teknologi baharu ke rantau ini bagi pembuatan serta penyelenggaraan pesawat.

Ini juga akan membantu syarikat-syarikat penerbangan komersil memenuhi pertumbuhan kukuh penumpang dan kargo bagi tahun ini di Asia-Pasifik khususnya.
Sumber : CNA/HZ/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita