Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pertunjukan Udara S'pura hadkan bilangan tiket, pertingkat langkah bendung virus nCoV

Di tengah-tengah penularan virus korona baru, Pertunjukan Udara Singapura akan mengetatkan lagi had kemasukan pengunjung ke acara itu minggu depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Feb 2020 09:55PM Dikemas Kini : 09 Feb 2020 10:01PM

SINGAPURA: Di tengah-tengah penularan virus korona baru, Pertunjukan Udara Singapura akan mengetatkan lagi had kemasukan pengunjung ke acara itu minggu depan.

Ini meskipun lebih 70 peserta pameran termasuk Lockheed Martin dan Raytheon menarik diri.

Pihak penganjur hari ini (9 Feb) berkata jumlah tiket untuk orang ramai kurang daripada separuh berbanding yang ditawarkan pada 2018.

Namun ia menjelaskan jumlah syarikat-syarikat yang membatalkan kehadiran mereka membentuk kurang dari 8 peratus daripada mereka yang mendaftar.

Menurut penganjurnya lagi, jumlah pesawat yang mengambil bahagian dalam pameran statik adalah lebih rendah berbanding 2018.

Pihak penganjur menganggarkan, pameran statik akan kurang antara 10 hingga 15 berbanding 45 yang dipamerkan pada 2018.

LANGKAH PENCEGAHAN DIPERTINGKAT

Sebagai sebahagian daripada usaha membendung penularan virus korona, pihak penganjur memperkenalkan langkah melabel tempat duduk bagi acara-acara tertentu. Ini bagi mempermudahkan pengesanan hubungan. Turut diperkenalkan adalah imbasan suhu badan di Singapore Expo dan tempat masuk Pusat Pameran Changi.

Pihak penganjur juga menggalak para pengunjung supaya tidak berjabat tangan dan sebaliknya bertegur sapa secara alternatif seperti dengan melambai tangan atau menunduk.

Langkah-langkah ini dilakukan selain kerja-kerja pembersihan yang semakin kerap, selain menyediakan doktor, anggota medik dan bahan pembasmi kuman (sanitiser) di tempat acara.

Pertunjukan Udara Singapura berlangsung dari Selasa hingga Ahad (11-16 Feb).


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona 2019-nCoV: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/SY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan