Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pertunjukan Pendidikan Kebangsaan NDP kembali diadakan selepas dua tahun

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Hari Kebangsaan yang ke-57 akan disambut dalam masa sekitar lima minggu lagi tetapi kemeriahan pertunjukan perbarisan sudahpun hangat dirasakan di Pentas Terapung Marina Bay pada petang Sabtu (2 Julai).

Setelah ditiadakan selama dua tahun kerana pandemik COVID-19, murid-murid darjah lima berpeluang menyaksikan acara pranonton sebelum Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) pada 9 Ogos.

Ia sebahagian daripada program Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan menyemai semangat kenegaraan dalam kalangan murid-murid.

pic

Menurut Pengerusi Tempat Duduk, Undangan, Letak Kereta, Tunjuk Arah dan Keselamatan NDP 2022, LTC Law Angwei, jawatankuasa eksekutif 2022 bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi untuk memastikan pertunjukan Pendididkan Kebangsaan kembali diadakan dengan selamat dan mematuhi garis panduan negara.

"Jawatankuasa NDP 2022 terus memantau keadaan negara dan kekal berupaya menyesuaikan diri dan tangkas melaksanakan sebarang langkah-langkah yang perlu. Kami tidak sabar menyambut kedatangan murid-murid darjah lima dengan pertunjukan Pendidikan Kebangsaan yang selamat dan bermakna," ujar LTC Law Angwei.

Walaupun ia pranonton pertama NDP, semangat kebangsaan yang ditunjukkan para pelajar seolah-olah mereka menonton pertunjukan sebenar.

pic

Malah, ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan pelbagai persembahan yang disajikan, terutama bagi mereka yang mendapat peluang kali pertama.

Selain menanam sifat cinta pada negara, murid-murid juga dihiburkan dalam satu pertunjukan yang gah.

pic

"Program Pendidikan Kebangsaan sebenarnya adalah pengalam pembelajaran yang penting yang mana para pelajar boleh berkumpul dan lebih menghargai nilai sebagai rakyat Singapura serta meraikan kejayaan yang dikecapi Singapura dan apa yang telah kita lakukan pada masa dahulu.

"Juga menerusi pengalaman bersama ini, kita akan lebih menghargai apa yang kami boleh lakukan sebagai rakyat Singapura dan bagaimana kita boleh terus maju sebagai sebuah negara di masa hadapan," kata Penolong Pengarah, Cabang Kumpulan Seragam, Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan Divisyen Kurikulum Pembangunan Pelajar, Encik Tan Kean Loong.

pix

Perbarisan tahun ini mungkin yang terakhir diadakan di Pentas Terapung sebelum ia memberi laluan kepada pembinaan Dataran Perkhidmatan Negara NS, sebuah ruang tetap bagi memperingati (NS), yang kerja binaannya dijadualkan bermula pada Mac 2023.

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan