Pertunjukan helikopter RSAF di Sembawang hujung minggu ini
Hujung minggu ini, para penduduk Sembawang boleh melihat sebuah helikopter menjalankan misi mencari dan menyelamat di kejiranan mereka.
(Gambar: The Republic of Singapore Air Force/ Facebook)
SINGAPURA: Hujung minggu ini, para penduduk Sembawang boleh melihat sebuah helikopter menjalankan misi mencari dan menyelamat di kejiranan mereka.
Ia sebahagian daripada perayaan Jubli Emas tentera udara RSAF di kawasan-kawasan kejiranan.
Pameran bergerak RSAF50@Heartlands di Sembawang akan memaparkan kakitangan perubatan dan juruterbang yang dikerahkan untuk menjalankan sesebuah misi.
Ia menunjukkan bagaimana seorang "pesakit" diselamatkan dan dipindahkan dengan menggunakan helikopter Super Puma.
Menurut RSAF seluruh proses kerahan mengambil masa 15 minit - dari mula pihaknya diberitahu sehingga helikopter berlepas.
Sejak 2002, RSAF menjalankan lebih 300 misi mencari dan menyelamat di Singapura dan kawasan sekitarnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.