Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pertunjukan bunga api 12 minit warnai River Hongbao 2019

Selepas sambutan tahun baru 2019, pertunjukan bunga api sekali lagi akan menghiasi ruang angkasa Singapura di acara River Hongbao tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Jan 2019 08:01PM Dikemas Kini : 03 Jan 2019 11:04PM

SINGAPURA: Selepas sambutan tahun baru 2019, pertunjukan bunga api sekali lagi akan menghiasi ruang angkasa Singapura di acara River Hongbao tahun ini.

Pertunjukan bunga api selama 12 minit itu, empat kali lebih panjang daripada biasa, bagi menyambut Tahun Baru Cina.

River Hongbao tahun ini juga bagi menyambut ulang tahun ke-200 Singapura.

Pihak penganjur menyatakan perbelanjaan bagi acara tahun ini satu pertiga lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Jumlah relawan yang bertugas juga lima kali ganda, menjadikannya antara acara River Hongbao terbesar pernah diadakan.

Beberapa kegiatan baru akan dianjurkan bagi menarik pengunjung lebih muda seperti permainan online.

Sempena menyambut ulang tahun ke-200 negara, satu pameran khas akan diadakan yang menyorot sejarah Sungai Singapura hingga ke hari ini.

River Hongbao akan diadakan dari 3 Feb hingga 10 Feb di The Float@ Marina Bay.  

Sumber : CNA/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan