Pertumbuhan, masyarakat dan kepercayaan asas penting sedang SG perbaharui strategi Negara Bijak: PM Wong
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sedang Singapura melangkah ke fasa seterusnya dalam perjalanan Negara Bijak, asas penting pertumbuhan, masyarakat dan kepercayaan akan menjadi kuncinya.
Demikian menurut Perdana Menteri Lawrence Wong dalam ucapannya semasa pelancaran inisiatif Negara Bijak 2.0 pada Selasa (1 Okt).
Encik Wong berkata bahawa ini adalah usaha berterusan selaras dengan perkembangan digital, dan sedang Singapura membangunkan huraian-huraian baharu dan lebih baik.
Negara Bijak pertama kali dilancarkan pada 2014 di bawah kepimpinan Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada waktu itu. Sejak itu, Singapura sudah mencapai "kemajuan yang ketara" dan ini boleh dirasai dan dialami dalam kehidupan seharian, kata Encik Wong.
“Kita sudah melakukan yang terbaik sebagai sebuah Negara Bijak. Tetapi kita tidak boleh berfikir bahawa kita sudah mencapai kejayaan. Teknologi berkembang pesat, dan persekitaran operasi kita sentiasa berubah-ubah,” tambahnya.
"Jadi kita perlu mengikuti rentak perkembangan, sentiasa mengikuti perkembangan terkini dan terus berusaha untuk melakukan yang lebih baik."
Encik Wong menarik perhatian kepada bagaimana landskap digital hari ini "jauh berbeza" daripada sedekad yang lalu, dengan telefon pintar serta media sosial kini menjadi rangkaian komunikasi utama. Selain itu, terdapat pencapaian besar baru-baru ini dalam kecerdasan buatan (AI) generatif, katanya.
“Semua ini bermakna teknologi akan memberi kesan yang lebih besar ke atas kehidupan kita. Akan ada peluang besar di hadapan, tetapi juga ketidakpastian dan cabaran baharu untuk diatasi,” kata Encik Wong.
"Jadi kita mesti memperbaharui strategi kita bagi Negara Bijak."
PERTUMBUHAN, MASYARAKAT, KEPERCAYAAN
Sebelum ini, Singapura menumpukan perhatian kepada pembangunan keupayaan dan menggalak penggunaan teknologi.
Namun, bagi fasa seterusnya Negara Bijak, matlamatnya adalah untuk mengkhususkan tumpuan dan menggunakan teknologi dengan lebih berkesan untuk mengubah masa depan dan membentuk negara bersama, kata Encik Wong.
"Pertumbuhan adalah tentang memperkasakan rakyat dan perniagaan kita untuk menggunakan teknologi untuk menguji kemampuan diri kita dan mencapai potensi kita sepenuhnya," tambahnya.
"Kita melakukan ini dengan memanfaatkan R&D dan pengetahuan, untuk membawa ekonomi kita ke peringkat seterusnya, dan mewujudkan lebih banyak peluang untuk rakyat Singapura.”
Ini sebabnya mengapa Singapura "membuat pelaburan besar" dalam keupayaan baharu AI, tambah PM Wong.
Satu pengumuman yang dibuat pada Selasa adalah pelaburan baharu S$120 juta ke dalam AI untuk membantu dalam kajian saintifik.
Ini menyokong Strategi AI Nasional Singapura (NAIS) 2.0 yang dilancarkan oleh PM Wong December tahun lalu.

Pada masa yang sama, jika disalahgunakan, teknologi boleh memecahbelahkan dan menghakis kepercayaan, katanya.
"Sudah ada tanda-tanda amaran tentang risiko teknologi ke atas masyarakat kita," tambah PM Wong. "Kita memberi lebih banyak perhatian kepada risiko ini dan membangunkan cara untuk mengurangkan kesannya."
Namun, dari sisi positif, teknologi boleh menghubungkan individu, membina kerjasama dan mengukuhkan masyarakat, kata PM Wong.
“Akhirnya, terpulang kepada kita untuk memastikan teknologi digunakan dengan cara yang mengukuhkan masyarakat kita. Dan ada banyak cara untuk kita lakukan demikian dalam kehidupan seharian kita,” tambahnya.
Untuk mencapai pertumbuhan dan masyarakat, perlu ada kepercayaan, kata PM Wong.
“Rakyat Singapura mesti boleh berada online dengan rasa yakin – yakin bahawa sistem dan perkhidmatan digital adalah selamat dan boleh dipercayai; bahawa keselamatan dan kesejahteraan mereka tidak akan terjejas; dan ada bantuan dan jalan keluar yang berkesan jika mereka berdepan bahaya,” jelasnya.
Untuk menanganinya, Akta Keselamatan Siber dipertingkatkan awal tahun ini, dengan Akta Prasarana Digital baharu bakal diperkenalkan pada tahun depan.

Selain itu, turut diumumkan pada Selasa bahawa sebuah agensi pemerintah Singapura yang baharu akan ditubuhkan untuk membantu mangsa dengan cepat menghentikan "bahaya online" dan bukannya bergantung terus pada proses biasa berasaskan mahkamah.
Mangsa sedemikian - termasuk buli siber dan perkongsian gambar intim tanpa kebenaran - boleh memohon kepada agensi tersebut untuk mendapatkan keadilan.
Ia kemudian akan bertindak bagi pihak mereka untuk mengarahkan pelaku dan penyedia khidmat online seperti platform media sosial untuk menghentikan bahaya online.
“Pada akhirnya, Negara Bijak adalah seruan kepada semua rakyat Singapura untuk berganding bahu dan hati untuk membawa negara ke hadapan. Sepanjang dekad yang lalu, kita sudah mencapai kemajuan yang besar. Dalam 10 tahun akan datang, kita boleh mencapai tahap yang lebih tinggi lagi,” kata Encik Wong.
“Jadi marilah kita bekerjasama untuk membina tempat tinggal yang lebih baik untuk semua – Singapura yang penuh dengan peluang menarik, di mana kita boleh menyokong satu sama lain demi merealisasikan impian kita, dan di mana setiap daripada kita boleh menjadi versi diri kita yang terbaik.”

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.