Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pertumbuhan GDP S'pura diunjur antara 3-4% bagi 2022; ekonomi global diramal terus memburuk

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Aug 2022 10:07AM Dikemas Kini : 11 Aug 2022 08:45PM
SINGAPURA: Singapura menurunkan sedikit ramalan pertumbuhan bagi 2022 sedang persekitaran ekonomi global terus memburuk di tengah-tengah cabaran seperti inflasi dan gangguan rantaian bekalan yang berlarutan.

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Khamis (11 Ogos) menyatakan bahawa
Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) bagi tahun ini diramal di antara tiga hingga empat peratus daripada tiga hingga lima peratus.

Para penggubal dasar memberikan amaran pada Mei bahawa ramalan pertumbuhan mungkin diraih pada bahagian bawah julat unjuran antara tiga dengan lima peratus bagi tahun ini.

MTI menyatakan persekitaran ekonomi global "sudah semakin memburuk" sejak penilaian terakhirnya pada Mei.

Tekanan inflasi yang lebih hebat daripada jangkaan dan pengetatan dasar kewangan oleh bank pusat akan mempengaruhi pertumbuhan dalam ekonomi maju utama, seperti Amerika Syarikat dan 19 negara anggota Kesatuan Eropah.

China terus bergelut dengan kemerosotan kian teruk pasaran hartanah dek dan penularan berulang COVID-19 di dalam negara. Gangguan rantaian bekalan juga berkemungkinan berlarutan sepanjang tahun ini memandangkan faktor seperti konflik Rusia-Ukraine dan dasar sifar COVID-19 China.

"Prospek permintaan luar bagi ekonomi Singapura sudah melemah berbanding tiga bulan sebelum ini," menurut MTI dalam semakannya.

Sementara itu, risiko buruk dalam ekonomi global kekal "ketara".

Ini bermakna prospek bagi beberapa sektor berorientasi luar di Singapura malap," menurut MTI.

Pertumbuhan dalam pengangkutan air dan sektor kewangan serta insurans juga dijangka dihambat oleh unjuran kemerosotan dalam ekonomi-ekonomi luar utama.

Selain itu, Singapura sudah beralih ke fasa hidup dengan COVID-19 dengan hampir semua sekatan domestik dan sempadan dimansuhkan secara bertahap-tahap. Ini sudah menyokong pemulihan beberapa segmen dalam ekonomi seperti sektor berkaitan penerbangan dan pelancongan.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan