Pertukaran 2 hala SG-China "sangat berharga", kata Teo Chee Hean
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Meskipun Singapura dan China berbeza dari segi ukuran dan tahap kerumitan, namun kedua-dua negara berkongsi cabaran serupa.
Oleh itu, pertukaran dua hala adalah sangat berharga.
Menteri Kanan Teo Chee Hean berkongsi pandangan tersebut dalam pertemuan dengan para pemimpin kanan China di di Beijing.
Beliau juga mengumumkan bahawa Singapura akan menjadi tuan rumah Forum Tadbir Urus Sosial Singapura-China pada Jun nanti.
Sejak 2012, forum tersebut menjadi wadah untuk para pegawai dari kedua-dua negara berinteraksi dan bertukar pandangan mengenai cabaran bersama.
Dalam lawatan pertamanya ke China sejak lima tahun lalu, Menteri Kanan Teo Chee Hean menggulung kunjungannya selama seminggu dengan beberapa pertemuan peringkat tinggi bersama para pegawai kanan di Beijing.
Sejak pandemik global melanda, Encik Teo memberi laluan kepada rakan-rakan kabinet lebih muda untuk melawat China dan bertemu rakan sejawatan mereka.
Semasa di Beijing, Encik Teo bertemu ketua tertinggi keselamatan China, Chen Wenqing buat kali pertama.
Encik Chen merupakan Setiausaha Parti bagi Suruhanjaya Hal Ehwal Politik dan Undang-Undang Pusat.
Ia adalah badan keselamatan tertinggi parti itu yang menyelia kesemua agensi penguatkuasaan undang-undang, termasuk pasukan polis.
Kedua-dua China dan Singapura mengesahkan lagi hubungan kukuh susuli hubungan yang dipertingkatkan tahun lalu.
Encik Teo juga mengumumkan bahawa beliau akan menjadi pengerusi bersama Forum Tadbir Urus Sosial Singapura-China bersama Encik Chen semasa Jun nanti.
Forum terakhir berlangsung di Singapura pada tahun 2016.
"Ini adalah forum yang sangat penting kerana ia membincangkan banyak isu yang kedua-dua China dan Singapura sedang hadapi dalam bidang tadbir urus sosial. Ia pelengkap penting kepada dua lagi forum yang ada, JCBC dan Forum Kepimpinan," kata Encik Teo.
Encik Teo mengalu-alukan langkah yang diambil kedua-dua pihak untuk meningkatkan kerjasama dalam pembangunan dan pertukaran sumber daya manusia.
Ini termasuk acara peringkat tinggi tahunan, Forum Singapura-China mengenai Kepimpinan yang dihoskan kedua-dua negara secara bergilir-gilir.
Ia merupakan wadah strategik bagi para pemimpin politik dan pegawai kanan untuk membincangkan pelbagai cabaran berhubung pembangunan kepimpinan.

Sumber : CNA/IA/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.