Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pertubuhan Melayu/Islam SG luah harapan bina masyarakat lebih penyayang, harmoni sempena Hari Raya Aidilfitri

Anggaran Waktu Membaca:
Pertubuhan Melayu/Islam SG luah harapan bina masyarakat lebih penyayang, harmoni sempena Hari Raya Aidilfitri

Gambar fail sebuah keluarga di Singapura menyambut Hari Raya.

SINGAPURA: Sebanyak 17 pertubuhan Melayu/Islam tempatan tampil dalam satu kenyataan bersama untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di sini sempena Hari Raya yang bakal menjelang.

Pertubuhan-pertubuhan Melayu/Islam itu terdiri daripada:
  • Ain Society
  • AMP Singapore
  • Casa Raudha Ltd
  • Federation of Singapore Indian Muslims (FSIM)
  • IMPROF
  • Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM)
  • Muhammadiyah Association
  • Muslim Converts' Association of Singapore (Darul Arqam Singapore)
  • Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (MKAC)
  • Persatuan Dana Amanah Muslimin (MTFA)
  • Perdaus
  • Pusat Pendidikan dan Kebajikan PERTAPIS
  • Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM)
  • Liga Muslim Kadayanallur Singapura (SKML)
  • Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) 
  • Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS)
  • Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (PERGAS)

Di samping ucapan tersebut, pertubuhan-pertubuhan itu turut mengajak umat Islam setempat untuk bersama-sama mencari ketenangan antara satu sama lain dalam meraikan Aidilfitri di tengah-tengah masa yang sukar sekarang ini yang mungkin membebankan sesetengah anggota masyarakat.

Demikian ditekankan dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Selasa (9 Apr).

Dalam menyambut bulan yang mulia ini, masyarakat setempat juga digalakkan supaya jangan mengabaikan golongan yang kurang bernasib baik dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Usaha sedemikian, menurut kenyataan bersama itu, akan membantu membina masyarakat yang lebih penyayang dan harmoni, di mana semua dapat mencapai kemajuan, berkembang maju dan membina masa depan yang berasaskan keharmonian dan kewujudan bersama.

BADAN MELAYU/ISLAM TEKAN PENTINGNYA SIFAT BELAS KASIHAN, PERPADUAN, KESYUKURAN DI TENGAH KONFLIK DI GAZA

Dengan Aidilfitri bakal disambut dan diraikan di tengah-tengah konflik di Gaza yang masih belum menunjukkan sebarang tanda akan berakhir, masyarakat setempat diingatkan betapa pentingnya sifat belas kasihan, perpaduan dan kesyukuran.

"Hati kami meruntun-runtun mengenangkan nyawa yang tidak berdosa terkorban dalam konflik tersebut, dengan keluarga terpisah, dan masyarakat hancur akibat keganasan yang berlaku di sekeliling mereka. Kami dengan tegas mengecam semua bentuk keganasan dan menyokong usaha Singapura yang menggesa gencatan senjata segera dimeterai.

Mengakhiri ucapan tersebut, badan-badan Melayu/Islam setempat turut memanjatkan doa bagi menguatkan lagi ketahanan dan menggalakkan perdamaian.

"Semoga Hari Raya Aidilfitri ini membawa kedamaian dan kebaikan kepada semua umat manusia. Marilah kita berusaha untuk mencipta dunia di mana semua orang boleh hidup dalam keadaan bermaruah, selamat dan aman. Kami berharap semangat Hari Raya ini akan memberi inspirasi kepada kita untuk menjadi pemacu perubahan positif, di samping menggalakkan toleransi, sikap saling memahami dan menghormati antara satu sama lain."
Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan