Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pertubuhan Internet, Facebook 'prihatin' terhadap undang-undang yang sasar kepalsuan online

Facebook dan badan-badan serantau yang mewakili kepentingan pertubuhan-pertubuhan Internet dan teknologi sudah meluahkan keprihatinan terhadap pelbagai aspek dalam Rang Undang-Undang bagi Perlindungan daripada Kepalsuan Online dan Manipulasi. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pertubuhan Internet, Facebook 'prihatin' terhadap undang-undang yang sasar kepalsuan online

(Gambar: Tim Wimborne/Reuters)

Diterbitkan : 02 Apr 2019 11:19AM Dikemas Kini : 02 Apr 2019 11:22AM

SINGAPURA: Facebook dan badan-badan serantau yang mewakili kepentingan pertubuhan-pertubuhan Internet dan teknologi sudah meluahkan keprihatinan terhadap pelbagai aspek dalam Rang Undang-Undang bagi Perlindungan daripada Kepalsuan Online dan Manipulasi. Demikian dibentangkan di Parlimen pada Isnin (1 Apr).

Syarikat-syarikat lain seperti Twitter dan Google belum mengeluarkan sebarang komen kerana pihak mereka belum lagi meneliti butiran tentang rang undang-undang tersebut.

Gabungan Internet Asia bagaimanapun tegas dalam komennya terhadap Rang Undang-Undang yang diusulkan itu. Pengarah Urusannya Encik Jeff Paine berkata pihaknya amat kecewa dengan kekurangan peluang untuk memberi maklum balas yang bermakna semasa proses mengusulkan undang-undang tersebut.

Ini terutama sekali memandangkan ia boleh "membawa kesan yang ketara" terhadap pihak-pihak berkepentingan termasuk industri, media, masyarakat sivil di Singapura, serantau dan antarabangsa.

Badan itu juga bimbang usulan rang undang-undang tersebut akan memberikan kuasa mutlak kepada pemerintah Singapura untuk menentukan apa yang benar atau sebaliknya. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan