Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pertubuhan baru bantu kaum lelaki 'kongsi', baik kesihatan emosi

Fikirannya menjadi buntu apabila beliau dibuang kerja pada Mac lalu, akibat pandemik COVID-19. Ketika itu, Encik Ng Yue Meng bekerja di sebuah syarikat teknologi yang besar .

Anggaran Waktu Membaca:
Pertubuhan baru bantu kaum lelaki 'kongsi', baik kesihatan emosi

Encik Ng Yue Meng. (Gambar: Chew Hui Min)

Diterbitkan : 20 Mar 2021 06:17PM Dikemas Kini : 20 Mar 2021 06:22PM

SINGAPURA: Fikirannya menjadi buntu apabila beliau dibuang kerja pada Mac lalu, akibat pandemik COVID-19. Ketika itu, Encik Ng Yue Meng bekerja di sebuah syarikat teknologi yang besar .

Keluarga lelaki berusia 50 tahun itu pula tinggal di luar negara dan beliau sendirian di sini, dengan tiada tempat untuk mengadu.

"Saya mengalami kemurungan ... saya tidak ada kerja, saya tidak ada apa-apa dan saya rasa keseorangan," katanya.

"Saya mula minum arak, makan dadah untuk cuba menahan keperitan yang dialami ini."

Beliau berkongsi perkara itu dengan para wartawan pada Sabtu (20 Mac) sebagai pengasas bersama RISE Community, sebuah pertubuhan baru bukan mencari keuntungan yang bertujuan untuk membantu kaum lelaki daripada latar belakang yang susah untuk berkongsi masalah mereka dan mendapatkan bantuan semasa mengalami masa sukar.

Program perintis selama dua tahun itu akan memberi "tumpuan terhadap membaiki kesihatan kaum Adam" dari segi sosio-emosi mereka, fisikal dan kewangan dengan menyediakan sokongan masyarakat sebaya dan peluang pekerjaan," menurutnya dalam satu kenyataan media.

Di pelancaran rasmi badan tersebut di Cawangan Nee Soon South, Parti Tindakan Rakyat pada Sabtu, Encik Ng memperkenalkan dirinya sebagai "penerima pertama RISE".

Menurutnya, AP GRC Nee Soon Carrie Tan, yang merupakan penasihat pertubuhan itu, menggalak beliau untuk memanfaatkan kemahiran yang diraihnya dari Sillicon Valley untuk menubuhkan khidmat sosial tersebut. Proses itu membantunya untuk pulih dan beliau kini berharap untuk menggunakan pengalamannya bagi membantu orang lain, katanya.

Program itu dijalankan di divisyen Nee Soon South, di mana Cik Tan adalah Anggota Parlimen kawasan tersebut. Bagi tahun pertamanya, RISE akan menumpukan usaha terhadap mendampingi kaum lelaki dan mengenal pasti keperluan mereka, kata Cik Tan.

Sasarannya ialah 500 lelaki di Nee Soon South yang tinggal di rumah sewa, yang hilang pekerjaan, atau dalam pekerjaan bergaji rendah dan tidak stabil. Buat masa ini, seramai 50 anggota terlibat dalam program tersebut.

Encik Amir Nazir, 44 tahun, yang baru tahun lalu dibebaskan dari penjara, adalah salah seorang daripada peserta program tersebut. Dia mengalami kemurungan setelah lama dipenjarakan, tetapi menurutnya sedang membina kehidupan yang baru dengan sokongan daripada seorang anggota RISE Community.

Encik Amir kini seorang pekerja pembersihan di Majlis Bandaran Nee Soon.

"Sekurang-kurangnya saya ada pekerjaan, saya ada makanan dan boleh melakukan dan mempelajari perkara-perkara yang saya benar-benar inginkan dalam kehidupan ini ... dan mempertingkatkan diri," katanya. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan