Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pertubuhan amal gembleng tenaga, suntik keceriaan kepada 700 penerima bantuan jelang Aidilfitri

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAMediacorp: Suasana cukup meriah apabila lebih 700 orang berkumpul untuk berbuka puasa beramai-ramai di Singapore EXPO pada Sabtu (15 Apr).

Bukan sahaja untuk mengeratkan lagi jalinan sesama mereka, acara anjuran Vision 21 dan TravelConnect itu juga bagi membantu para penerima bantuan dalam persiapan mereka menjelang Syawal.

Secara keseluruhan, sebanyak 1,000 pek barangan dapur bernilai S$50,000 diagihkan.
(Gambar: TravelConnect.sg)
Para penerima bantuan membawa pulang dua beg berisi dengan barangan dapur seperti minyak masak, beras, rempah ratus dan kuih Hari Raya.

Bukan itu sahaja, mereka juga boleh memilih sendiri baju kurung baru percuma.

Prihatin akan kesukaran yang dihadapi para penerima bantuan, pihak penganjur merancang untuk meneruskan usaha ini.
(Gambar: TravelConnect.sg)
"Kita ingin lancarkan program ini berterusan selepas bulan Ramadan kerana harga kos untuk sara hidup di Singapura sudah meningkat dan dengan sekarang kebanyakan keluarga yang menghadapi kesulitan menyara kos adalah keluarga daripada kategori kelas pertengahan.," kata Pengarah Kreatif & Logistik TravelConnect.sg, Zacree Zain.

Pihak penganjur juga menghadapi cabaran mencari tempat yang sesuai dan luas bagi menempatkan lebih 700 hadirin.

Mujur syarikat Mak Besar Events bersetuju untuk menaja lokasi di dewan EXPO ini.
(Gambar: TravelConnect.sg)
"Insya-Allah kita ada harapan ada visi dan juga impian untuk menaja lebih lagi acara seperti ini dan insya-Allah bekerjasama dengan badan-badan seperti Vision 21 dan juga TravelConnect pada masa hadapan untuk lebih besarkan lagi acara-acara begini," kata Pengarah Mak Besar Events.

Acara ini turut disokong lima kelab masyarakat iaitu Hougang CC, Kaki Bukit CC, Bukit Batok CC, Redhill CC dan Kampong Delta CC.
(Gambar: TravelConnect.sg)
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan