Pertikaian gaji, pemberhentian kerja tidak wajar, jatuh pada 2021
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Jumlah pekerja yang membuat tuntutan berkaitan gaji dan pemberhentian kerja tidak wajar jatuh pada tahun lalu ketika piawaian pekerjaan bertambah baik di tengah-tengah ekonomi yang semakin pulih daripada pandemik COVID-19.
Angka rasmi yang dikeluarkan pada Isnin (18 Jul) menunjukkan jumlah keseluruhan tuntutan pekerjaan dan rayuan yang dibuat kepada
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Perikatan Tiga Pihak bagi Pengurusan Pertikaian (TADM) "jatuh dengan ketara" daripada 2.59 pada 2020 kepada 1.73 bagi setiap 1,000 pekerja pada 2021.
Jumlah tuntutan jatuh untuk pekerja tempatan dan pekerja hijrahan.
Kebanyakan daripada 5,882 tuntutan pekerjaan dan rayuan merupakan tuntutan gaji (4,848) dan tuntutan pemberhentian tidak wajar (922).
Pekerja tempatan membentuk 64 peratus daripada semua tuntutan pekerjaan dan rayuan manakala pekerja hijrahan membentuk baki 36 peratus.
Berikut adalah butiran Laporan Piawaian Pekerjaan 2021 yang dikeluarkan pada Isnin (18 Jul).
KURANG KES PERTIKAIAN GAJI DALAM SEKTOR PERKHIDMATAN
Dalam kalangan pekerja tempatan, penurunan itu sebahagiannya didorong oleh jumlah tuntutan gaji dalam sektor perkhidmatan yang semakin berkurangan sedang Singapura menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang ketara pada 2021.
Dalam kalangan pekerja hijrahan pula, jumlah tuntutan menguncup dalam sektor binaan disebabkan campur tangan MOM untuk menangani gaji yang tertunggak sepanjang dua tahun lalu, menurut kementerian itu dan TADM dalam satu kenyataan media bersama.
TADM juga secara proaktif memastikan bahawa majikan membuat bayaran gaji kepada kira-kira 24,000 pekerja hijrahan pada 2021 supaya mereka tidak perlu membuat tuntutan gaji rasmi, menurut kenyataan itu.
LEBIH RAMAI PEKERJA DAPAT BAYARAN
TADM dan Tribunal Tuntutan Pekerjaan (ECT) membantu 95 peratus pekerja yang membuat tuntutan gaji untuk mendapatkan semula gaji penuh mereka, berbanding 92 peratus pada 2020.
Lagi 3 peratus pekerja mendapat sebahagian gaji mereka melalui cara yang berbeza manakala baki
2 peratus tidak mendapat gaji sama sekali kerana mereka bergaji tinggi dan tidak layak menerima bantuan kewangan itu.

Jumlah bayaran diperolehi berjumlah S$8.6 juta pada 2021, turun daripada S$15 juta pada 2020, memandangkan jumlah tuntutan yang lebih kecil.
PEMBERHENTIAN TIDAK WAJAR
Jumlah kes pemberhentian kerja tidak wajar jatuh daripada 0.39 bagi setiap 1,000 pekerja pada 2020 kepada 0.27 pada 2021.
Kadar lebih baik itu sebahagiannya disebabkan sekatan COVID-19 yang dilonggarkan, membolehkan orang ramai menghuraikan perselisihan mereka secara peribadi dengan bantuan daripada pengantara.
Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia, Koh Poh Koon berkata beliau sangat gembira dengan penurunan ketara dalam jumlah tuntutan dan rayuan pekerjaan pada 2021.
"Secara keseluruhan, meskipun dalam pandemik COVID-19, majoriti majikan sudah melayan pekerja mereka dengan bertanggungjawab. Pekerja juga membuat pengorbanan untuk bantu peniaga kekal berdaya tahan," kata Dr Koh.
LANGKAH SEMENTARA DIMANSUHKAN
MOM menyatakan mulai 1 Ogos, mereka akan memansuhkan beberapa langkah sementara yang dikuat kuasakan semasa pandemik COVID-19 yang pada asalnya dilaksanakan untuk menangani gangguan terhadap operasi perniagaan.
Ia termasuk keperluan untuk memberitahu MOM mengenai langkah-langkah penjimatan kos yang akan menjejas gaji pekerja serta nasihat kepada majikan mengenai faedah pemberhentian kerja.
Jumlah kes pekerja yang memerlukan bantuan berkaitan faedah pemberhentian kerja turun kepada purata bulanan lapan kes pada suku pertama tahun ini,berbanding 198 kes pada Ogos 2020.
LANGKAH LAIN UNTUK TINGKATKAN PIAWAAN PEKERJAAN
Sebuah portal berhubung huraian pertikaian online (ODR) akan dipertingkat, menurut kenyataan media itu.
Menjelang 2023, ODR yang dipertingkat itu akan menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) untuk membantu pihak-pihak berdasarkan senario yang lazim berlaku supaya mereka boleh mencapai penyelesaian yang adil.
MOM juga melancarkan siri perbualan Workright School pada 2022 bagi pelajar Institut Pengajian Tinggi (IHL) mengenai hak pekerjaan.
Pada Mac hingga Disember 2021, MOM juga menggunakan data analitik untuk mengenal pasti dan audit syarikat berisiko yang tidak mematuhi Model Gaji Progresif (PWM).

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.