Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pertikaian diskriminasi tempat kerja tetap perlu timbang tara, tegas MOM

Pendekatan Singapura untuk mengekalkan keharmonian di tempat kerja menekankan penyelesaian pertikaian menerusi pengantaraan berbanding litigasi, yang 
sejauh ini berkesan dan harus diteruskan dengan undang-undang baru yang dicadangkan bagi mengatasi diskriminasi di tempat kerja.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pendekatan Singapura untuk mengekalkan keharmonian di tempat kerja menekankan penyelesaian pertikaian menerusi pengantaraan berbanding litigasi, yang 
sejauh ini berkesan dan harus diteruskan dengan undang-undang baru yang dicadangkan bagi mengatasi diskriminasi di tempat kerja.

Demikian menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Rabu (8 Mac).

MOM menyatakan demikian sebagai respons kepada maklum balas daripada Persatuan Wanita bagi Tindakan dan Kajian (AWARE) yang pada Selasa (7 Mac) menyarankan supaya tuntutan tertentu di bawah undang-undang baru dikecualikan daripada keperluan bagi pengantaraan sebelum seseorang memfailkan tuntutan bersama Tribunal Tuntutan Pekerjaan.

Undang-undang yang disarankan itu dilakarkan dalam satu laporan awal oleh sebuah jawatankuasa bagi keadilan di tempat kerja yang terdiri daripada wakil dari Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) dan MOM.

Perundangan itu akan menyediakan pengantaraan sebagai wadah utama bagi menangani aduan diskriminasi, dengan huraian ke Tribunal Tuntutan Pekerjaan jika langkah pengantaraan gagal.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, kumpulan advokasi  jantina AWARE menyatakan ia maklum bahawa proses pengantaraan terlebih dahulu berpandukan matlamat jawatankuasa itu untuk melindungi budaya di tempat kerja tanpa litigasi dan ia akur bahawa pengantaraan mungkin dapat membantu dalam sesetengah kes.

Namun ia bukan selalunya sesuai, tambah AWARE. Disebabkan tekanan yang dihadapi kerana diskriminasi, ramai klien yang mengalami diskriminasi di tempat kerja tidak mahu menghadap majikan mereka dan ada juga yang melaporkan mengalami trauma sekali lagi, tertekan dan malu setelah menjalani sesi pengantaraan.

AWARE juga maklum bahawa laporan jawatankuasa itu tidak mentakrifkan "diskriminasi" dengan jelas.

Ia menambah bahawa terdapat pelbagai jenis diskriminasi - baik secara langsung atau tidak, gangguan diskriminasi dan penafian tempat penginapan yang munasabah - dan merakam nuansa diskriminasi di tempat kerja ini adalah penting kerana diskriminasi tidak selalu dilihat sama bagi kesemua mereka yang terjejas.

Dalam responsnya, MOM menyatakan NTUC, SNEF dan Pemerintah akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan relevan untuk memastikan terdapat kejelasan berhubung isu-isu seperti definisi dan skop tanggungjawab majikan untuk membolehkan perundangan itu meraih kesan yang diingini.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan