Skip to main content

Singapura

"Pertemuan tepat pada masanya" melanjutkan S'pura, China, kata PM Lee

Dengan kepimpinan China yang baru kini mengambil tempatnya, kini juga adalah masa yang tepat bagi Beijing dan Singapura mengorak langkah seterusnya dalam kerjasama kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.

Anggaran Waktu Membaca:
"Pertemuan tepat pada masanya" melanjutkan S'pura, China, kata PM Lee
Diterbitkan : 10 Apr 2018 10:21PM Dikemas Kini : 10 Apr 2018 10:23PM

QIONGHAI, HAINAN: Dengan kepimpinan China yang baru kini mengambil tempatnya, kini juga adalah masa yang tepat bagi Beijing dan Singapura mengorak langkah seterusnya dalam kerjasama kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini (10 Apr) ketika bertemu dengan Presiden China Xi Jinping di luar Forum Boao di wilayah Hainan.

"China kini mempunyai pasukan kepimpinan yang baru, Singapura pula dalam proses mempersiapkan peralihan kepimpinan," kata PM Lee.

"Mesyuarat ini tepat pada waktunya untuk mengorak langkah selanjutnya dalam kerjasama kami lantas saya membawa bersama beberapa menteri-menteri dan rakan-rakan sekerja yang muda dalam lawatan ini agar (mereka) dapa menjalin hubungan dengan rakan sejawat untuk membawa hubungan kami ke langkah seterusnya."

PM Lee turut menambah bahawa "Lianghui" ataupun mesyuarat-mesyuarat tahunan badan perundangan negara tersebut baru-baru ini melakarkan hala tuju bagi gergasi Asia itu untuk memainkan peranan yang membina dan menstabilkan sistem serantau dan antarabangsa.

Kali terakhir PM Lee dan Presiden Xi mengadakan pertemuan adalah pada September tahun lalu di China sebelum Kongres Parti ke-19.

Presiden Xi berkata bahawa sejak daripada itu, kedua-dua negara sudah mencatat perkembangan dalam hubungan dua hala dan kerjasama menyeluruhnya.

Ini mendatangkan manfaat kepada kedua-dua negara dan menyumbang secara positif kepada keamanan dan pembangunan serantau, tambah Presiden Xi. Beliau selanjutnya berkata bahawa lawatan PM Lee ke Boao mencerminkan pentingnya hubungan baru antara China dengan Singapura.

Presiden Xi juga menyambut baik ucapan PM Lee di pembukaan sidang Boao dan kedua-dua pemimpin menekankan pentingnya sistem perdagangan berbilang pihak yang memanfaatkan kesemua negara, besar mahupun kecil.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita