Pertembungan bas Bukit Batok: Pemandu bas berusia 65 tahun diberkas
Seorang pemandu bas berusia 65 tahun diberkas berhubung nahas melibatkan dua bas di pusat pertukaran bas Bukit Batok, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Isnin (12 Jul) malam.
17 orang cedera dalam nahas pertembungan bas di pusat pertukaran bas Bukit Batok pada 11 Jul 2021. (Gambar: SCDF/Facebook)
SINGAPURA: Seorang pemandu bas berusia 65 tahun diberkas berhubung nahas melibatkan dua bas di pusat pertukaran bas Bukit Batok, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Isnin (12 Jul) malam.
Lelaki itu ditangkap kerana bertindak melulu sehingga menyebabkan kecederaan teruk, menurut SPF.
Seramai 17 orang cedera apabila dua bas perkhidmatan nombor 945 bertembung pada Ahad malam. Akibatnya, salah satu bas itu menaiki bendul jalan, merempuh penghadang dan terbalik ke sisinya.
Kebanyakan daripada 15 orang yang dibawa ke hospital selepas kemalangan itu sudahpun dibenarkan pulang, menurut Tower Transit pada Isnin.
Empat masih dirawat dalam wad, termasuk seorang pemandu bas Tower Transit yang mengalami "kecederaan tidak kritikal", kata pengendali pengangkutan itu dalam catatan Facebook pada Isnin malam.
Seorang lagi individu yang turut dimasukkan ke hospital merupakan kapten bas SBS Transit.
Awal dari itu, Tower Transit menyatakan pemandu bas yang tidak membawa penumpang itu sudahpun digantung kerja sementara menanti siasatan.
Polis menyatakan siasatan masih dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.