PERTAPIS sasar kumpul dana $600,000, naik taraf kemudahan empat rumah kebajikan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekitar $600,000 disasarkan untuk dikumpulkan bagi sebuah kempen untuk menaik taraf kemudahan empat rumah kebajikan PERTAPIS.
PERTAPIS berkongsi demikian semasa acara Makan Malam Amal PERTAPIS untuk meraikan 55 tahun penubuhan pertubuhan Melayu/Islam itu yang diadakan di Hotel Furama RiverFront pada Jumaat (31 Okt).
Acara makan malam tersebut merupakan salah satu usaha PERTAPIS untuk mengumpul dana bagi kempen 'Upgrade Homes, Uplift Our Lives'.
"Kos kerja menaik taraf rumah kebajikan dianggarkan sekitar $4 sehingga $6 juta. Alhamdulillah, kami telah mendapat 90% yang dibiayai oleh pemerintah. PERTAPIS pula harus mengumpulkan sebanyak $400,000 hingga $600,000," kata Ketua Pegawai Eksekutif PERTAPIS, Encik Firdaus D'Cruz.
Usaha pengumpulan dana dan sekaligus kerja naik taraf bagi empat rumah kebajikan PERTAPIS iaitu Rumah Kanak-kanak PERTAPIS, Pusat PERTAPIS bagi Wanita dan Perempuan, Rumah Peralihan PERTAPIS dan Rumah Tumpangan Warga Emas PERTAPIS akan dilakukan secara berperingkat.
Antara kemudahan yang bakal dipertingkat adalah ruang tempat tidur, ruang rekreasi serta awam juga pembelajaran dan program pengayaan.
Sebagai permulaan, sebanyak $200,000 yang disasarkan dikumpulkan menerusi acara makan amal itu serta kutipan secara online akan disalurkan kepada kerja-kerja peningkatan Rumah Kanak-kanak PERTAPIS.
Bermula tahun depan pula, PERTAPIS akan menumpukan usaha mengumpul baki $400,000 untuk rumah-rumah kebajikannya yang lain.

PERTAPIS UMUM PENJENAMAAN SEMULA
Di acara makan malam amal itu juga, PERTAPIS turut mendedahkan bahawa ia akan melakukan penjenamaan semula.
"Penjenamaan ini bertujuan untuk mengukuhkan identiti PERTAPIS yang telah 55 tahun berkhidmat kepada masyarakat sambil memastikan organisasi terus relevan untuk masa hadapan," kata Encik Firdaus.
"Kami berikan sedikit gambaran bagi penjenamaan baru kami. Pelaksanaan penjenamaan yang sepenuhnya akan dilancarkan pada tahun hadapan," tambahnya lagi.
Tetamu kehormat, Menteri Negara Kesihatan merangkap Penerangan dan Pembangunan Digital Rahayu Mahzam, menyokong langkah PERTAPIS melaksanakan perubahan dengan pendekatan dan cara yang baharu.
"Penamaan ini adalah sesuatu yang simbolik dalam era digital dan dalam masa arus perubahan yang kita lihat dalam masyarakat kita, tentu sekali amat baik jika satu organisasi itu membuat satu refleksi dan juga menjalankan perubahan dengan pendekatan baru dan cara baru," kata Cik Rahayu.
"Diharapkan ini dapat juga menarik minat golongan muda untuk juga terus menghembuskan nafas segar kepada usaha yang dijalankan oleh pelapis dan ini dapat juga memberi peluang bagi PERTAPIS untuk terus berkembang lebih membantu masyarakat kita dan juga memperkuatkan usaha yang sedia ada," tambahnya lagi.

Sebagai menghargai perjalanan panjang PERTAPIS selama lebih lima dekad, Cik Rahayu turut berkongsi pandangannya tentang peranan penting pertubuhan tersebut dalam menyokong masyarakat.
"Banyak yang telah dilakukan untuk membantu keluarga mendapatkan bantuan, memberikan harapan kepada mereka yang mungkin telah tersalah arah untuk membina kehidupan baru. Jadi ini adalah aspek-aspek penting dalam masyarakat kita dan ini adalah legasi PERTAPIS yang saya harap dapat juga mencorak rentak masyarakat yang akan datang. Jadi, saya harap ini juga menjadi satu inspirasi untuk kita terus usahakan sesuatu untuk masyarakat kita bersama," tambah beliau.
Selain tujuan mengumpul dana, acara tersebut yang dihadiri seramai 350 undangan juga sebagai cara PERTAPIS menghargai sumbangan para sukarelawan, masyarakat, pihak korporat dan agensi-agensi pemerintah dalam memastikan PERTAPIS dapat terus berkhidmat untuk masyarakat selama 55 tahun.

Sumber : BERITA Mediacorp/hd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.