PERTAPIS salur bantuan Ramadan lebih besar, agih S$200,000 kepada 500 keluarga
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: PERTAPIS menyalurkan S$200,000 bantuan kewangan kepada sekitar 500 keluarga memerlukan sempena Ramadan ini.
Jumlah itu lebih 30 peratus lebih tinggi berbanding S$150,000 yang diagihkan tahun lalu.
Keluarga-keluarga memerlukan itu menerima bantuan kewangan tersebut semasa majlis Iftar@PERTAPIS pada Sabtu lalu (7 Mac).
Presiden PERTAPIS, Mohamed Shaharin Mohamed Nordin berkata peningkatan jumlah bantuan itu mencerminkan usaha pertubuhan tersebut untuk terus menyokong keluarga di bawah jagaan mereka.

"Tahun ini, kami bersyukur dapat menyalurkan jumlah bantuan lebih besar. Kami memahami ramai keluarga masih menghadapi cabaran kehidupan seharian. Kami berharap bantuan kewangan ini dapat mengurangkan beban mereka, khususnya dalam bulan Ramadan serta menjelang Hari Raya ini." kata Encik Shaharin.
'Bulan Ramadan ini mengingatkan kita bahawa saling membantu dan peduli antara satu sama lain adalah asas kekuatan masyarakat kita. Dengan kerjasama semua pihak, dari sukarelawan, penderma, rakan kongsi, hingga penerima bantuan, kebaikan ini menjadi inspirasi yang berterusan," tambah Encik Shaharin.

Setiap keluarga menerima bantuan wang tunai sebanyak S$300 di samping baucar pasar raya bernilai S$50.
Antara penerima bantuan yang mengalu-alukan pengagihan tersebut ialah Cik Sulastri.
Cik Sulastri berkata: "Saya amat bersyukur dengan duit $350 yang diberikan untuk membantu anak-anak saya membeli baju Raya, dapat duit Raya dan membeli kasut. Saya mengutamakan anak-anak saya dahulu. Duit ini memang sangat cukup untuk kami. Wang ini membantu kami dalam persiapan hari Raya. Walaupun nilainya S$350, saya amat bersyukur kerana ia dapat membantu saya sedikit."
USAHA PERTAPIS PERKUKUH INSTITUSI KELUARGA
Majlis yang diadakan di D'MARQUEE itu turut dihadiri Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Dalam ucapannya, Dr Faishal berkata: "Sejak lebih lima dekad, PERTAPIS telah menyantuni masyarakat Melayu/Islam melalui pelbagai usaha kebajikan rumah-rumah perlindungan yang menyediakan tempat berteduh, bimbingan dan harapan kepada kanak-kanak, wanita, warga emas serta penghuni rumah peralihan."

Beliau juga mengalu-alukan penglibatan PERTAPIS untuk terus bekerjasama dengan rakan kongsi masyarakat bagi memperkukuh jaringan sokongan "agar tiada sesiapa yang terpinggir".
Dr Faishal turut menukil usaha kerjasama menerusi M³+ yang diumumkan beliau semasa perbahasan Jawatankuasa Peruntukan bagi Ehwal Masyarakat Islam di Parlimen baru-baru ini.
Dr Faishal berkata: "Saya mengumumkan M³+ yang bertujuan mempereratkan kerjasama antara agensi-agensi M³ dan rakan kongsi masyarakat termasuk badan-badan Melayu/Islam, India Islam dan kumpulan-kumpulan tidak rasmi. Melalui usaha yang diselaraskan dan kekuatan yang digembleng bersama, kita dapat memastikan lebih ramai yang memerlukan menerima sokongan yang lebih menyeluruh pada setiap peringkat kehidupan, khususnya dalam menghadapi cabaran kos sara hidup, penjagaan dan pendidikan."
Selain pengagihan wang, PERTAPIS juga membantu sekitar 2,500 penerima bantuan merentasi 12 badan Melayu/Islam menerusi kerjasama dengan Maybank melalui inisiatif "Food on Wheels' sebelum Ramadan.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.