Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pertapis lancar inisiatif baru tumpu aspek pemulihan, sosial dan latihan bekas pesalah

Anggaran Waktu Membaca:
Pertapis lancar inisiatif baru tumpu aspek pemulihan, sosial dan latihan bekas pesalah

Seorang banduan sedang belajar di penjara ((Gambar: Perkhidmatan Penjara Singapura)

SINGAPURA: Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam pada Khamis (4 Mei) melancarkan satu inisiatif baru oleh Pertapis bagi membantu para penghuni rumah peralihannya menimba kemahiran baru dan meraih sijil kelayakan.

Inisiatif dipanggil PRESTige itu menumpukan kepada aspek pemulihan, sosial, keusahawanan dan latihan bekas pesalah.

Encik Shanmugam berkata, usaha itu diharap dapat bantu memperbaiki kadar kebentanan dalam tempoh lima tahun bagi para pesalah.

Menurut laporan Perkhidmatan Penjara Singapura, kadar itu kian merosot sejak 2015 hingga ke paras 39.9 peratus yang dicatatkan oleh kohort 2017.

"Sasaran kami adalah untuk cuba mengurangkan kadar kebentanan dan bagaimana Pertapis melakukannya, mereka bekerja dengan bekas banduan dan terdapat kira-kira 90 daripada mereka di sini. Mereka menyediakan mereka dengan terapi pekerjaan, latihan untuk membantu mereka mempersiapkan diri dengan lebih baik untuk bekerja dan kekal dalam pekerjaan," ujar Encik Shanmugam.

Encik Shanmugam yang disertai Menteri Negara Ehwal dalam Negeri, Dr Faishal Ibrahim juga dibawa melihat antara kemudahan latihan di Rumah Peralihan Pertapis.

"Apabila mereka mendapat pekerjaan yang mantap, dengan kemahiran mereka, ini akan memberikan ruang kepada kita untuk menjadikan sokongan dan juga menurunkan kadar kebentanan bagi para banduan supaya mereka dapat hidup bersama-sama dengan keluarga dan sahabat mereka di luar sini," kata Dr Faishal.

Menurut Presiden Pertapis Encik Hussaini Abdullah: "PRESTige ini adalah satu maruah, maruah kepada diri sendiri dan keluarga, peningkatan maruah mereka sangat-sangat penting supaya bila ada pekerjaan yang baik ini, mereka tidak balik kepada kancah dadah. Itu yang kita harapkan."

Berapa latihan sudah dilakarkan termasuk dalam bidang pembersihan, penyenggaraan dan pengangkutan, dedah Encik Hussaini.
Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan