Pertanyaan bagi khidmat buang barangan terpakai naik 15% sempena Tahun baru Cina
Beberapa syarikat pembuangan barangan terpakai menyaksikan jumlah pertanyaan dari pelanggan naik sebanyak 15 peratus sejak awal tahun ini.

SINGAPURA: Beberapa syarikat pembuangan barangan terpakai menyaksikan jumlah pertanyaan dari pelanggan naik sebanyak 15 peratus sejak awal tahun ini.
Ia sedang ramai pemilik rumah giat membersihkan rumah mereka sempena Tahun Baru Cina.
Beberapa syarikat juga meminta lebih ramai sukarelawan tampil untuk menyingsing lengan.
Salah satu syarikat pembuangan barangan terpakai, Junk To Clear, melakukan sekitar 20 lawatan dalam masa lima hari untuk mengumpulkan barangan terpakai.
Kebanyakan meja makan yang terkumpul oleh syarikat itu pula masih dalam keadaan baik dengan sebilangannya dibeli semasa pandemik COVID-19.
Menurut Junk To Clear, lebih separuh daripada kliennya tinggal di estet privet tetapi ia masih mendapatkan permintaan daripada mereka yang tinggal di flat-flat HDB.
Kini, syarikat berkenaan bekerjasama dengan sebuah badan amal untuk menyumbang semula barangan terpakai itu.
Beberapa Majlis Bandaran juga sibuk semasa tempoh ini.
Majlis Bandaran Jurong misalnya menambah jumlah kerja-kerja pembersihan sehingga tiga kali sehari semasa musim perayaan ini.
Ada kalanya pula, para anggota keluarga dan jiran merujuk kes-kes kepada agensi khidmat sosial seperti Habitat for Humanity untuk mendapatkan khidmat pembersihan.
Agensi itu menyaksikan jumlah kes dirujukkan naik kepada purata 245 kes setahun.
"Kami menggunakan musim perayaan ini untuk menggalak mereka seperti contoh memberitahu mereka Tahun Baru Cina bakal menjelang jadi kami boleh mengecat dinding anda dan semuanya terasa baru untuk mengalu-alukan ketibaan tahun baru.
"Jadi ini amat berkesan untuk membuat mereka setuju membenarkan kami membantu mereka," kata Pengarah Nasional Habitat for Humanity, Yong Teck Meng.
Menurut Encik Yong lagi, pihaknya akan terus mendampingi sukarelawan muda untuk membantu dalam usaha agensi tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.