Skip to main content

Singapura

Pertandingan robotik tahunan ala Olimpik disertai lebih 190 negara

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Oct 2023 08:23PM Dikemas Kini : 02 Oct 2023 08:58PM
SINGAPURA: Satu pertandingan robotik ala Olimpik untuk belia akan membuka tirainya di Singapura pada Sabtu (7 Okt) .

Dipanggil Cabaran Global FIRST atau 'FIRST Global Challenge', lebih 190 negara mengambil bahagian, iaitu bilangan terbesar setakat ini.

Setiap pasukan perlu mereka dan membina robot bagi memenangi satu permainan yang bertemakan isu global yang mendesak.

Pasukan-pasukan bertanding sudah mula membuat persiapan dan menerima set bahagian-bahagian yang sama, yang boleh mereka gunakan untuk mencipta robot masing-masing.

Singapura diwakili satu pasukan lima pelajar dari Sekolah Anglo-Chinese.

Mereka sudahpun mendapatkan set bahagian-bahagian berkenaan sekitar dua bulan lalu, dan sudah berada di tahap akhir penghasilan robot mereka.

Selain pertandingan, pasukan-pasukan juga ditugaskan untuk mengkaji dan mencipta huraian mereka sendiri untuk meningkatkan lagi akses kepada bekalan tenaga boleh diperbaharu.

Ia bertujuan untuk membantu para pelajar menjadi pakar dalam sektor-sektor baharu wujud dan meletakkan mereka di kedudukan lebih baik di kolej, latihan amali dan pekerjaan pada masa depan.
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita