Skip to main content

Singapura

Pertandingan 'Baca BERITA: Cabaran Autocue' usaha didik masyarakat tentang berita palsu; sebutan tepat

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Anda ingin mencuba pengalaman menyampaikan berita?

Apa kata anda sahut cabaran menjadi penyampai BERITAmediacorp dalam pertandingan 'Baca BERITA: Cabaran Autocue' kami di acara Mediacorp Untukmu@One Punggol pada Sabtu (25 Feb) ini.

Sejak beberapa bulan yang lalu, ramai sudah menyahut 'Cabaran Autocue' di TikTok @BERITAmediacorp dengan 'berduet' bersama para penyampai kami.

Kini, anda berpeluang melakukannya secara "LIVE" di acara Mediacorp Untukmu@One Punggol

"Lebih daripada mengetahui dengan dekat lagi cara penyampaian berita dijalankan di sebalik tabir, kami berharap 'Cabaran Autocue' ini dapat dijadikan sebagai landasan untuk memupuk sebuah masyarakat berilmu yang dapat membezakan ataupun mengenal pasti antara berita sahih dengan berita palsu. Dan ini juga di samping menggalak pemahaman tentang perkembangan berita dan ehwal semasa," kata Ketua Projek, 'Baca BERITA: Cabaran Autocue' dan penyampai, Fariza Abdul Aziz.

Pertandingan dibuka kepada semua dan dibahagikan kepada dua kategori, iaitu untuk pelajar serta dewasa lelaki dan wanita.

Berikut adalah syarat dan peraturan pertandingan:

- Semua peserta perlu berusia 10 tahun dan ke atas. Kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah perlu diiringi oleh ibu bapa atau waris mereka.

- Selepas mendaftarkan diri, anda akan diberikan skrip sepanjang dua minit yang disediakan BERITAmediacorp untuk anda buat persiapan. Skrip yang sama akan digunakan semasa pertandingan.

- Apabila tiba giliran anda untuk membaca, anda mempunyai tiga peluang untuk ulangi bacaan anda, sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Anda boleh mendaftarkan diri di astaka BERITAmediacorp di One Punggol bermula 12 tengah hari dan pertandingan bermula 1 hingga 5 petang.

Tiga peserta terbaik daripada setiap kategori akan dipilih untuk membawa pulang baucar makanan, cenderahati BERITAmediacorp serta trofi.

Sumber : BERITA Mediacorp//ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita