Pertahanan, tenaga boleh diperbaharui antara cara pertingkat hubungan SG-Arab Saudi: SM Teo
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Kementerian Pertahanan Arab Saudi)
SINGAPURA: Menteri Kanan Teo Chee Hean berkata beliau melihat ada banyak peluang untuk Singapura dan Arab Saudi bekerjasama yang saling menguntungkan.
SM Teo melakukan lawatan kerja empat hari ke Riyadh.
Saudi merupakan persinggahan terakhir SM Teo dalam rangka lawatannya ke rantau itu.
Perbincangan antara SM Teo dengan kerabat diraja dan para menteri Saudi tertumpu kepada cara-cara untuk meningkatkan hubungan dua hala dalam bidang-bidang seperti pertahanan, perdagangan dan pelaburan serta kerjasama dalam bidang tenaga yang boleh diperbaharui.
SM Teo juga berkata rancangan transformasi Saudi yang dikenali sebagai Wawasan 2030 merupakan anak kunci bagi peluang-peluang baharu itu.
Kedua-dua negara, tambahnya, akan meningkatkan lagi kerjasama dua hala berlandaskan Perkongsian Strategik yang dipersetujui tahun lepas.
SM Teo turut menyampaikan penghargaan kepada kerajaan Saudi kerana memastikan keselamatan dan kebajikan jemaah haji Singapura serta permintaannya untuk penambahan kuota.
Di samping itu, SM Teo dan menteri-menteri Saudi bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan sejagat termasuk keadaan di Gaza.

Sumber : CNA/MU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.