Perspektif jangka panjang penting dalam membina sebuah bandar
Maka itu Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong berkata Pemerintah sedang berusaha untuk menangani masalah 50 hingga 100 tahun akan datang, seperti perubahan iklim.

SINGAPURA: Perspektif jangka panjang genting dalam membina sebuah bandar.
Maka itu Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong berkata Pemerintah sedang berusaha untuk menangani masalah 50 hingga 100 tahun akan datang, seperti perubahan iklim.
Bagaimanapun, pemikiran seperti ini sukar difahami memandangkan ramai yang hanya mahu jawapan secepat mungkin.
Encik Wong berkata demikian semasa berucap di acara dwiabad Persatuan Pemaju Hartanah REDAS. Persatuan itu menubuhkan dua kubah di Raffles Place - sebuah tapak yang menyaksikan pencapaian penting sejarah Singapura.
Antaranya, para pengunjung boleh menyusuri perkembangan Singapura, serta melihat bagaimana para pemaju hartanah memainkan peranan dalam perkembangan ini.
Encik Wong turut menyentuh tentang langkah-langkah untuk membangunkan semula bandar ini menerusi projek-projek seperti Greater Southern Waterfront, dan bagaimana sektor swasta dan awam begabung untuk menjadikan kawasan ini lebih bersemangat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.