Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Persimpangan Orchard Road ala Shibuya mula diuji hari ini

Ujian persimpangan berbilang hala seperti lintasan Shibuya yang sibuk di Tokyo, Jepun, bermula hari ini (16 Dis) di Orchard Road.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Dec 2017 07:26PM Dikemas Kini : 16 Dec 2017 09:05PM

SINGAPURA: Ujian persimpangan berbilang hala seperti lintasan Shibuya yang sibuk di Tokyo, Jepun, bermula hari ini (16 Dis) di Orchard Road.

Berlangsung selama sebulan, ia bertujuan menjadikan kawasan membeli-belah popular itu lebih mesra pejalan kaki.

Apabila lampu isyarat di persimpangan antara Cairnhill Road dan Orchard Road ini bertukar merah, trafik kenderaan dari semua arah akan berhenti dengan serta-merta.

Dalam masa 30 saat, pejalan kaki boleh mula menyeberangi persimpangan jalan dari pelbagai arah.

Ujian ini akan diadakan pada setiap hujung minggu dan hari-hari cuti umum sehingga akhir bulan depan. 

Sumber : CNA/FZ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan