Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Persiapan rancak bagi para peniaga meski kekurangan kakitangan jelang hujung minggu F1

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Walaupun tempoh untuk membuat persiapan lebih singkat dan berdepan masalah kekurangan tenaga manusia bagi Formula 1 Grand Prix Singapura tahun ini, peniaga-peniaga baik di dalam mahupun di luar litar perlumbaan berkata persiapan mereka rancak.

Rangkaian restoran TungLok Group, yang lazimnya mengendalikan kiosk makanan bagi pemegang tiket dan menyediakan makanan bagi kakitangan F1, pada awalnya berdepan pelbagai cabaran.

Dengan hanya 20 peratus daripada jumlah biasa cef berkemahiran yang ada bagi F1 tahun ini, syarikat itu terpaksa mengurangkan operasi dan mengubah proses-prosesnya.

Ia memutuskan untuk tidak mengendalikan kiosk dan fokus kepada penyediaan hidangan bento untuk ribuan kakitangan yang bertugas di belakang tabir sewaktu F1.

Untuk membantu dari segi tenaga kerja, sayap katering firma itu, BellyGood, akan menggunakan proses 'cook-chill', iaitu masak dan sejukkan menggunakan teknologi, yang mana makanan dimasak dan kemudian disejukkan dengan cepat dan disimpan. Makanan siap dimakan itu kemudian boleh dipanaskan semula sebelum dinikmati.

Pandemik COVID-19 dan ketegangan geopolitik menyebabkan syarikat-syarikat terpaksa berdepan dengan kekurangan kakitangan dan juga gangguan pada rantaian bekalan.

"COVID-19 merubah kehidupan kita dan kita belajar menjadi lebih cekap," kata Encik Nixon Low, cef eksekutif kanan TungLok Group.

"Kekurangan pekerja berkemahiran bermakna kami harus mengatur semula cara melakukan kerja - kami buat lebih banyak persiapan dan pelaksanaan yang lebih mudah."

CARI HURAIAN

Cabaran lain termasuk ketidakpastian dari segi logistik pada bulan-bulan menjelang hujung minggu F1, disebabkan sekatan COVID-19 yang terus brubah-ubah dan sukar untuk memastikan bilangan pengunjung dan jumlah makanan yang perlu disediakan, kata Encik Low.

“Itulah sebabnya strategi kami tahun ini memberi kami ruang untuk bergerak. Jadi walaupun jumlah pelanggan kurang, kami mempunyai tempat yang betul untuk menyimpan makanan dan tidak akan berlaku pembaziran,” katanya. "Jadi, saya fikir strategi 'cook-chill' untuk acara tahun ini sempurna, ia masuk akal."

Restoran lain juga berjaya mencari huraian bagi kekangan yang mereka hadapi.

 

TEMPOH PERSIAPAN LEBIH SINGKAT


Kembalinya GP Singapura diumumkan pada bulan Januari tahun ini, sekali gus memberikan penganjur dan peniaga masa persiapan yang lebih singkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Acara tahun ini dijangka menerima kehadiran paling ramai penonton sejak perlumbaan malam pertama pada 2008 dan pihak penganjur menyatakan walaupun dengan tempoh lebih singkat untuk membuat perancangan, pengalaman akan membawa mereka ke hujung acara perlumbaan itu.

Penganjur acara Grand Prix Singapura berkata ia memanfaatkan kontraktor berpengalaman yang pernah bekerja dengan mereka sebelum ini dan yang sudah mempunyai rangka tindakan untuk dilaksanakan.

Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan