Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Persiapan perjalanan jemaah haji sempurna meskipun dengan penambahan tempat di saat akhir: Masagos

Anggaran Waktu Membaca:
02:02 Min
SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli berkata persiapan bagi perjalanan jemaah haji Singapura sempurna dilaksanakan meskipun dengan penambahan tempat pada saat-saat akhir.
SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli berkata persiapan bagi perjalanan jemaah haji Singapura sempurna dilaksanakan meskipun dengan penambahan tempat pada saat-saat akhir.

Ini katanya, dipermudahkan dengan sokongan kerajaan Arab Saudi dan GSA yang bertungkus lumus memastikan penginapan dan visa jemaah haji diurus dengan baik.

Encik Masagos yang juga Ketua Delegasi Haji berlepas ke Tanah Suci pada Ahad (3 Jul) bersama rombongan terakhir jemaah Singapura.

Turut mengiringi rombongan haji kali ini ialah Ketua Eksekutif MUIS, Kadir Maideen.

Perasaan terharu bercampur gembira mengiringi 180 jemaah haji yang akan berlepas dengan menaiki penerbangan Saudia Airlines.

Mereka merupakan jemaah daripada Shahidah Travel serta Konsortium Jalaluddin dan TM Fouzy dan dijadual  tiba di Jeddah pada pagi Isnin (4 Jul) sekitar 2.30 pagi waktu tempatan.

Para jemaah dan anggota keluarga mereka memenuhi dewan keberangkatan di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi, seawal jam 5 petang, meskipun penerbangan Saudia Airlines dijadual bertolak pada 8.35 malam.

Mereka diminta datang awal untuk menghantar beg dan pemeriksaan dokumen khususnya sijil ujian tindak balas rantai polimerase (PCR).

Oleh kerana ancaman COVID-19 masih belum berakhir, keselamatan dan kesihatan jemaah tetap menjadi keutamaan.

"Maklumlah di Saudi sekarang ini berkumpul lebih kurang satu juta jemaah dari seluruh pelusuk dunia dan mereka juga datang ada yang sakit dan mungkin telah sampai di sana ada kemungkinan jangkitan akan terus menular," kata Encik Masagos.

"Jadi saya juga meminta kepada semua jemaah yang berada di sana supaya terus menjalankan semua tingkah laku yang terbaik demi menjaga kesihatan mereka, dapat wukuf dengan selamat, sihat dan pulang nanti ke tanah air," tambahnya yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga.

Timbalan Ketua Eksekutif MUIS Dr Albakri Ahmad dan Kuasa Usaha Kedutaan Diraja Arab Saudi di Singapura, Omar Alharithy turut berada di lapangan terbang untuk menghantar rombongan haji terakhir itu.

Rombongan pertama dijadual pulang ke tanah air pada 16 Julai manakala yang terakhir pada 30 Julai.

Singapura mendapat kuota sebanyak 900 pada tahun ini termasuk 493 tempat tambahan yang diberikan pada lewat bulan lalu. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan