Persiapan Grand Prix SG diteruskan di tengah siasatan CPIB libatkan pengerusi Ong Beng Seng
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AP/Danial Hakim
SINGAPURA: Singapore GP, pada Jumaat (14 Jul) menyatakan bahawa ia akan terus membuat persiapan bagi acara Formula One, yang dijadual berlangsung pada bulan September nanti.
Ini meskipun siasatan antirasuah melibatkan pengurusinya Ong Beng Seng, sedang dijalankan.
"GP Singapura akan meneruskan rancangan dan persiapan bagi Grand Prix Singapura Formula 1, yang dijadual berlangsung dari 15 hingga 17 September 2023," jelas penganjur itu dalam satu kenyataan.
Pada awal Jumaat, Hotel Properties Limited (HPL), yang mana Encik Ong bertindak sebagai pengarah urusannya, menyatakan bahawa beliau ditangkap dan diminta oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) untuk menyediakan maklumat berkaitan interaksi beliau dengan Menteri Pengangkutan S Iswaran.

GP Singapura menambah ia sedia maklum bahawa siasatan CPIB sedang dijalankan, dan pihaknya "tidak dapat memberi sebarang maklumat lanjut".
Encik Iswaran sedang membantu dalam siasatan yang diselongkar agensi antirasuah itu, meskipun ia belum mendedahkan sifat siasatan berkenaan.

Encik Ong, 77 tahun, juga memiliki hak ke atas Grand Prix Singapura, yang merupakan perlumbaan malam pertama dalam sejarah F1.
Hartawan warga Malaysia yang berpangkalan di Singapura itu seringkali dikatakan sebagai sosok di sebalik perjanjian yang dimeterai antara Lembaga Pelancongan Singapura dengan mantan bos Formula 1 Bernie Ecclestone pada 2007.
Perjanjian untuk Singapura menjadi tuan rumah bagi perlumbaan malam untuk lagi tujuh tahun sehingga 2028, dimeterai tahun lalu, di mana ia kembali diadakan di Marina Bay selepas ditiadakan selama dua tahun akibat pandemik COVID-19.
Perjanjian itu merupakan kali keempat ia diperbaharui dan mempunyai tempoh pelanjutan yang paling lama.
Encik Iswaran terlibat sama secara aktif dalam urus niaga pemerintah dengan F1, termasuk membuat kemunculan di sidang media, di mana pengumuman mengenai acara-acara akan datang biasanya dibuat.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.