Persiapan dipergiat bagi peringati ulang tahun Raffles jejakkan kaki di S'pura
Menggali lebih banyak sejarah Singapura sedang persiapan dibuat bagi memperingati ulang tahun ke 200 sejak Sir Stamford Raffles menjejakkan kaki di negara ini.
SINGAPURA: Menggali lebih banyak sejarah Singapura sedang persiapan dibuat bagi memperingati ulang tahun ke 200 sejak Sir Stamford Raffles menjejakkan kaki di negara ini.
Penggalian arkeologi terbaru sedang dilakukan di Muzium Seni Singapura, yang bakal diberi wajah baru.
Sejak seminggu lalu para ahli kaji purba dari Pusat Nalanda-Sriwijaya di ISEAS - Yusof Ishak menggali tanah dan lumpur dengan harapan untuk menemui lebih banyak bahan peninggalan dari abad ke-13 hingga ke-15.
Mereka sedang melakukan penggalian dalam apa yang dikenali sebagai 'lubang-lubang ujian' sebelum mengenalpasti kawasan penggalian lebih besar.
Muzium tersebut terletak di bekas tapak bangunan sekolah St Joseph's Institution yang dibina pada 1852.
Pada tahun 1830an pula, sebuah gereja kecil Roman Katolik pertama di Singapura terletak di situ.
Selain mengenal pasti kedudukan sebenar gereja itu, menerusi projek ini para ahli kaji purba berharap dapat mengetahui lebih banyak tentang penempatan Temasek sebelum zaman penjajah.
Sejauh ini sepuluh penggalian sudah dibuat di kawasan tersebut yang menemukan lebih empat tan bahan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.