Persiapan akhir bagi budak lelaki 5 tahun untuk jadi warga SG termuda ke kem Everest
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sedang ramai yang sibuk beraya, pasangan bapa, Zikri Ali dan anaknya, Abyan Imtiaz Irkriz pula sibuk membuat persiapan untuk ke Kem Pangkalan Gunung Everest.
Hanya tinggal seminggu lagi sebelum mereka berangkat ke sana dan impian kanak-kanak 5 tahun ini untuk menjadi warga tempatan paling muda menjejaki Kem Pangkalan Gunung Everest bakal tercapai.
Rekod Singapura itu kini sedang dipegang Om Madan Garg, yang berjaya menjejaki Kem Induk Selatan pada Oktober 2022 ketika dia berusia 6 tahun.
Untuk memecahkan rekod itu, mereka gigih menjalani latihan selama lima bulan termasuk pada Ramadan lalu.
"Sekarang kami hampir lima bulan dalam latihan dan saya pasti dapat merasakan bahawa stamina dan ketahanan telah meningkat dan sekarang kami juga melakukan latihan yang lebih sengit, pendakian yang lebih lama dan lebih kerap juga seperti sekarang kira-kira empat kali seminggu," kongsi Encik Zikri Ali, 41 tahun kepada wartawan Danish Aiman.

BUAT PERSIAPAN HINGGA KE NEGARA CHINA
Untuk menyesuaikan diri dengan landskap yang berbeza, Hutan Simpanan Bukit Timah menjadi pilihan bagi lokasi latihan terakhir mereka disebabkan ketinggian dan laluan mendaki yang lebih mencabar.
Bagi menyesuaikan diri dengan cuaca yang berbeza pula, mereka juga ke luar negara untuk berlatih.
"Kami tidak boleh bersedia untuk perubahan cuaca kerana Singapura panas dan sana pula sejuk. Namun kami berjaya mendaki beberapa kali semasa percutian kami di China ketika musim sejuk jadi kami berjaya merasai berjalan dalam kesejukan untuk beberapa kali," jelas Encik Zikri.
Selain persiapan fizikal, mereka juga kini mendapatkan peralatan yang memadai.
Menurut Encik Zikri, beliau sudah membelanjakan ribuan dolar bagi peralatan yang diperlukan.
Beliau juga memastikan persiapan bagi sebarang kecemasan dilakukan dengan rapi.
"Kebimbangan keselamatan sekarang, kami sudah cuba mengurangkan risiko dengan pemantauan data, jadi pemandu ekspedisi akan ada alat pertolongan cemas, kemudian kami juga ada tablet mabuk altitud untuknya (Abyan) dan jika ada apa-apa kecemasan berlaku, akan ada helikopter pindahkan kami ke Kathmandu," jelas Encik Zikri.
Disebabkan kesukaran mendapatkan makanan halal di sana, mereka juga menyesuaikan diri dengan diet vegetarian sepanjang latihan mereka.
TERUJA NAK LIHAT KEINDAHAN ALAM

Bagi Abyan pula, dia teruja untuk mencipta rekod dan melihat keindahan alam di sekitar Gunung Everest.
"Saya berasa sangat teruja untuk memecahkan rekod ini saya telah berlatih dengan bersungguh-sungguh bersama ayah saya dan saya tahu Allah akan membantu saya dalam perjalanan saya," kongsi Abyan.
Mereka akan berangkat ke Nepal pada Sabtu (20 Apr) dan mulakan ekspedisi mereka pada 29 April.
Tarikh 1 Mei pula diharapkan menjadi hari bersejarah bagi mereka untuk tiba ke Kem Pangkalan Everest.

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.