Skip to main content

Singapura

Persetujuan S'pura-M'sia cerminkan kesediaan hurai pertikaian secara diplomatik

Persetujuan yang dicapai kedua-dua menteri luar Singapura dan Malaysia berhubung pertikaian isu ruang udara dan maritim menunjukkan kesediaan kedua-dua negara untuk menyelesaikan isu itu secara diplomatik dan mengikut peraturan undang-undang.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Persetujuan yang dicapai kedua-dua menteri luar Singapura dan Malaysia berhubung pertikaian isu ruang udara dan maritim menunjukkan kesediaan kedua-dua negara untuk menyelesaikan isu itu secara diplomatik dan mengikut peraturan undang-undang.

Demikian pendapat Zamil ISEAS-Institut Yusof Ishak Dr Norshahril Saat apabila minta memberikan reaksi terhadap mesyuarat yang berlangsung hari ini (8 Jan).

Pelibatan pegawai-pegawai kanan serta pakar-pakar dalam bidang-bidang yang dipertikaikan akan dapat membantu mengelakkan salah faham di kalangan rakyat kedua-dua negara, yang menurutnya, mungkin tidak faham secara khusus isu-isu teknikal berkaitan isu tersebut.

Related article image
(Gambar: Vivian Balakrishnan/Facebook)

(Gambar: Vivian Balakrishnan/Facebook)

"Pada saya ia satu permulaan yang baik. Mungkin tidak mencapai solusinya dan kita tidak menjangka solusi daripada pertemuan ini tapi kesedian untuk berbincang

"Yang penting jawatankuasa telah ditubuhkan dan ia membabitkan individu-individu yang penting, yang bukan hanya di peringkat menteri tetapi juga personaliti-personaliti pentadbiran yang sebenarnya pakar-pakar dalam bidang ini," kata beliau.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita