Skip to main content

Singapura

Persembahan 'Winter Sonata' Dr Maliki eratkan lagi hubungan SG-Batam

Anggaran Waktu Membaca:
366816680_849094493247581_5213326152554728351_n
Diterbitkan : 12 Aug 2023 01:39PM Dikemas Kini : 12 Aug 2023 01:47PM
SINGAPURA: Para hadirin di dewan sebuah hotel di Batam terpukau seketika apabila alunan irama lagu tema drama Korea Selatan, 'Winter Sonata' dimainkan.

Individu yang memainkan alat muzik tersebut pula bukan calang-calang orangnya. Beliau ialah Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Ehwal Luar Dr Maliki Osman.

Dr Maliki menyerlahkan bakat bermain alat muzik tradisional Cina, guzheng, sedang isteri beliau pula bermain piano dalam satu persembahan istimewa di Hotel Radisson Batam pada Khamis (10 Ogos), sempena acara sambutan Hari Kebangsaan Singapura, yang dianjurkan oleh Konsulat Jeneral Singapura di Batam.
Related article image
Dr Maliki Osman bersama isteri berduet mempersembahkan irama lagu tema drama Korea Selatan, 'Winter Sonata' di Batam. (Gambar: Dr Maliki Osman)
Menurut Dr Maliki, menerusi catatan di akaun Facebooknya, persembahan itu juga sebahagian daripada usaha membantu mengumpul dana untuk Persatuan Palang Merah Batam.

Dr Maliki berkata beliau berbesar hati melihat hubungan antara masyarakat Singapura dengan rakan Singapura di Batam kekal erat.
366680608_849094489914248_9177998973514579284_n
Dr Maliki melakukan lawatan ke wilayah Kepulauan Riau (KEPRI), Indonesia dari 10 hingga 12 Ogos bagi satu lawatan kerja.

Semasa lawatan itu Dr Maliki turut bertemu Gabenor KEPRI Ansar Ahmad, Walikota Batam dan ex officio Pengerusi BP Batam Muhammad Rudi, serta tokoh-tokoh penting lain.
Related article image
Dr Maliki bersama isteri bersama Walikota Batam dan ex officio Pengerusi BP Batam Muhammad Rudi, dan isteri beliau Naib Gabenor KEPRI Marlin Agustina, serta anak mereka, Randi Zulmariadi dan Rani Rafitriyani. (Gambar: MFA)
Lawatan itu bertujuan untuk memperluaskan dan memperdalam kerjasama antara Singapura dengan Indonesia dan kawasan-kawasan serantau.

Dr Maliki turut mendampingi industri agrimakanan, masyarakat perniagaan serta para penuntut dan anggota fakulti Politeknik Batam.
Related article image
Dr Maliki melawat Batamindo Green Farm. (Gambar: MFA)
"Saya melawat Batamindo Green Farm, di mana saya melihat bagaimana sayur-sayuran ditanam, dituai dan dibungkus untuk dieksport ke Singapura. Saya berbesar hati mendapat tahu kita kini ada sumber sayur segar yang baik dan dekat (dengan negara kita).

"Saya juga melawat Politeknik Negeri Batam (PoliBatam) di mana saya meninjau-ninjau pameran projek-projek inovatif pelajar, seperti robot humanoid yang berupaya bermain bola sepak. Daya kreatif penuntut PoliBatam memberi inspirasi kepada saya," kata Dr Maliki.
Related article image
Lawatan Dr Maliki ke PoliBatam. (Gambar: MFA)
Beliau menambah para pemimpin perniagaan yang ditemuinya pula berkongsi tentang iklim perniagaan dan bagaimana Singapura boleh terus bekerjasama dengan Batam untuk menjana hasil relevan serta dihargai, yang boleh saling dimanfaatkan bersama.

Dr Maliki diiringi oleh para pegawai dari Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam lawatan tersebut.
Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita