Persembahan peserta Juara Mic Junior & senaman bersama DJ Warna 942 warnai Mediacorp Untukmu@One Punggol
Persembahan peserta Juara Mic Junior & senaman bersama DJ Warna 942 warnai Mediacorp Untukmu@One Punggol. (Gambar-gambar: BERITAmediacorp/Nazirah Jamzuri)
BERITAmediacorp: Hampir 200 peserta bersenam beramai-ramai dalam segmen Gerak Warna semasa acara Mediacorp Untukmu@One Punggol pada Sabtu (25 Feb).
Dengan gerak tari lincah mengikut rentak lagu yang bertenaga, para peserta dibimbing jurulatih Wan Shamsury.
Mereka juga diiringi para DJ WARNA 942, termasuk Sue Kassim, RZ, TG dan Noreha Bajuri.
Selain bersenam, para peserta juga berinteraksi dan beramah mesra dengan para DJ yang mereka minati.
PESERTA JUARA MIC JUNIOR BUAT PERSEMBAHAN PERTAMA DI LUAR STUDIO
Selain itu, para pengunjung juga dapat menyaksikan persembahan oleh kesemua 16 peserta musim kedua Juara Mic Junior.
Ini merupakan kali pertama para peserta cilik itu membuat persembahan di luar studio, dan bersemuka dengan orang ramai.
Selain setiap peserta menyanyikan sebuah lagu, para peserta juga berkumpul untuk menyanyikan lagu tema pertandingan itu.
Orang ramai terutama para peminat berpeluang mengenali para peserta dengan lebih dekat lagi.
Acara Mediacorp Untukmu@One Punggol menggandingkan pelbagai platform Melayu Mediacorp, iaitu Suria, Warna 942 dan juga BERITAmediacorp untuk mendekati para pengikut Mediacorp.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.