Persekutuan Sukan Layar SG perlu berpindah susulan projek Long Island
Sukan layar Singapura sedang menyusuri gelombang kejayaan, berikutan pencapaiannya yang memberangsangkan di Sukan SEA yang baru melabuhkan tirainya.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sukan layar Singapura sedang menyusuri gelombang kejayaan, berikutan pencapaiannya yang memberangsangkan di Sukan SEA yang baru melabuhkan tirainya.
Awal bulan ini, pasukan tersebut meraih 10 pingat, termasuk empat emas, di Thailand.
Namun, di sebalik prospek yang cerah di pentas antarabangsa, sukan itu berdepan satu cabaran yang mendesak di dalam negeri – mencari sebuah tapak baharu.
Persekutuan Sukan Layar Singapura perlu mengosongkan Pusat Layar Kebangsaan di East Coast Park selepas Sukan SEA 2029, yang akan dianjurkan di Singapura.
Tapak tersebut sudah diperuntukkan bagi projek Long Island, iaitu projek pembangunan utama yang melibatkan penambakan kira-kira 800 hektar tanah dan dijangka membentuk semula garis pantai di timur Singapura dalam tempoh beberapa dekad akan datang.
Presiden persekutuan itu, Stanley Chan, berkata pemilihan tapak baharu bagi ibu pejabat persekutuan adalah penting demi penakatan sukan tersebut.
“Kami perlu sangat berhati-hati dalam menentukan lokasi Pusat Layar Kebangsaan yang baharu, kerana ia akan menjejas imej (dan) akses kepada sukan ini. Jika ia terletak di tempat yang sukar untuk diakses, sukan ini mungkin akan lenyap,” kata beliau.
Encik Chan menambah bahawa persekutuan itu sedang bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi pemerintah untuk mencari lokasi yang sesuai.
MENGAPA PANTAI TIMUR OPTIMUM UNTUK SUKAN PELAYARAN
Bagi persekutuan itu, cabaran yang dihadapi bukan sekadar memindahkan infrastruktur. Ia juga melibatkan usaha memastikan sukan tersebut kekal mudah diakses, mampan dan berdaya saing.
Pusat Layar Kebangsaan di Taman East Coast wujud sejak 1999. Ia menyediakan ruang terbuka yang luas serta perairan yang bersih dan selamat bagi para atlet.
Para penggiat sukan laut berkata pantai timur merupakan kawasan yang paling sesuai di Singapura bagi aktiviti-aktiviti seperti pelayaran, luncur angin dan "kitesurfing".
Pengarah kelab layar Ho Kah Soon turut berkata kawasan itu mudah diakses, dengan keadaan angin yang sesuai serta bebas daripada laluan perkapalan utama.
KEBAIKAN DAN KEKURANGAN DARIPADA PROJEK LONG ISLAND TERHADAP SUKAN LAYAR
Sebahagian penggiat sukan menyuarakan kebimbangan bahawa perairan berhampiran kawasan Long Island kelak mungkin tidak lagi sesuai untuk sukan kompetitif berasaskan angin selepas projek itu siap, memandangkan penambakan tanah serta pembangunan bangunan-bangunan tinggi di pesisiran pantai berpotensi mengubah keadaan angin, menjadikannya lebih rumit dan berubah-ubah. Encik Ho berkata, usaha mengekalkan akses ke Selat Singapura serta kawasan laut yang terbuka kekal penting.
“Pelaut mahir masih memerlukan akses kepada keadaan laut semula jadi – arus, ombak beralun dan cabaran perairan terbuka – di mana kebanyakan pertandingan utama serantau dan antarabangsa diadakan,” tambah beliau.
Pada masa yang sama, takungan air tawar yang dirancang, yang merupakan ciri utama projek tersebut dan akan menambah bekalan air Singapura serta dibuka untuk aktiviti-aktiviti berasaskan air, berpotensi membawa manfaat besar kepada mereka yang baru menceburi sukan itu.
“Dengan ombak yang minimum, tiada arus kuat dan kurang kapal komersial, ia akan menghapuskan halangan untuk menceburi sukan ini,” kata Encik Ho. “Mereka yang baru menceburi sukan layar, luncur angin, berkayak dan mendayung akan belajar dengan lebih cepat, lebih yakin dan dengan risiko bahaya lebih rendah.”
Beliau menambah bahawa secara keseluruhannya, projek tersebut berpotensi meluaskan akses masyarakat kepada sukan air, meningkatkan potensi untuk menganjurkan acara serta bertindak sebagai pemangkin kepada penyertaan awam yang lebih meluas dalam aktiviti-aktiviti marin.
MENGEKALKAN MOMENTUM SUKAN
Selain usaha mendapatkan ibu pejabat baharu, persekutuan sukan layar turut memberi tumpuan kepada pembangunan bakat muda, peningkatan penyertaan serta pembinaan kekuatan yang merentasi pelbagai kelas sukan layar.
Encik Chan berkata pihaknya sedang meneroka usaha untuk memperluas disiplin berkaitan sukan layar ke dalam Pertandingan Sekolah Kebangsaan bagi menarik lebih ramai peserta muda.
Menurut Encik Chan, persekutuan itu sedang membangunkan satu “laluan papan” - bagi sukan air yang melibatkan penggunaan papan, seperti "wing foiling" dan "kitefoiling" - yang membolehkan para pelayar muda meneroka pelbagai disiplin sebelum membuat pengkhususan.
“(Ini merupakan) disiplin yang boleh ditukar-tukar. Anda tahu apa yang benar-benar anda minat … dan tidak hanya tertumpu kepada satu disiplin pada usia yang terlalu muda. Malah, kami mempunyai sekumpulan kanak-kanak berusia lapan dan sembilan tahun yang agak cemerlang, dan mereka juga telah mula menyertai perlumbaan di luar negara,” kata beliau.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.