Persekitaran pembelajaran main peranan penting bantu guru, kanak-kanak: Kajian
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu kajian oleh pengendali prasekolah NTUC First Campus dan Institut Pendidikan Nasional (NIE) mendapati sekitaran pembelajaran yang direka dengan baik memainkan peranan penting dalam pengalaman serta interaksi antara guru dengan kanak-kanak.
Satu contoh adalah sudut pembelajaran di mana kanak-kanak didapati menunjukkan tahap pelibatan dan kesejahteraan tertinggi.
Ruang sedemikian didapati membolehkan pendidik memberi penekanan terhadap minat, motivasi serta pandangan kanak-kanak.
Kajian itu melibatkan 17 prasekolah dan lebih 760 kanak-kanak My First School.
Kehadiran tetap di sekolah iaitu sebanyak tiga daripada lima hari juga didapati berkait rapat dengan prestasi akademik lebih baik.
Ini boleh dimulakan sejak anak kecil itu berusia 18 bulan dan hasil pembelajaran mungkin bertambah baik menjelang tahun kedua tadika.

Sumber : CNA/RU/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.