Persekitaran kawal selia S'pura boleh bangun gergasi teknologi akan datang: Ong Ye Kung
Menteri Pendidikan Ong Ye Kung berkata, persekitaran kawal selia di Singapura mungkin satu kelebihan penting dalam membangunkan syarikat gergasi teknologi akan datang.
SINGAPURA: Menteri Pendidikan Ong Ye Kung berkata, persekitaran kawal selia di Singapura mungkin satu kelebihan penting dalam membangunkan syarikat gergasi teknologi akan datang.
Beliau berkata demikian dalam satu panel yang membincangkan tentang inovasi dan perusahaan dalam era gangguan teknologi di Forum Global FutureChina pada Isnin (27 Ogos).
Encik Ong menarik perhatian tentang bagaimana syarikat-syarikat pemula dalam pasaran lebih besar, "tanpa batasan peraturan", boleh berkembang amat pesat bagi menguasai kedudukan di pasaran.
Tetapi Singapura tidak menggunakan cara pendekatan seperti itu.
Encik Ong berkata, cara Singapura melaksanakan peraturan adalah satu kelebihan persaingan dalam membangunkan gergasi teknologi akan datang.
Menurutnya, Singapura perlu menjadi tempat ujian yang dikawal peraturannya tetapi dapat menyatukan dan menggabungkan pelbagai keseimbangan.
Misalnya, khidmat kongsi kereta dibenarkan di sini tetapi isu-isu yang dihadapi bandar-bandar lain juga dialami Singapura.
Bagi mengatasi masalah itu, syarikat khidmat kongsi kereta tidak dibenarkan beroperasi secara bebas sepenuhnya di negara ini.
Hasilnya, Singapura mencapai huraian seimbang yang menjadi model bagi negara-negara lain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.