Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Persefahaman, minda terbuka kunci keharmonian kaum: Edwin Tong

Walaupun dasar-dasar boleh membantu menggalak integrasi antara kaum, keberanian untuk bersuara tentang isu-isu kaum, bertukar pandangan dan membuka minda juga penting bagi keharmonian kaum.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Jul 2021 08:02PM Dikemas Kini : 24 Jul 2021 10:05PM

SINGAPURA: Walaupun dasar-dasar boleh membantu menggalak integrasi antara kaum, keberanian untuk bersuara tentang isu-isu kaum, bertukar pandangan dan membuka minda juga penting bagi keharmonian kaum.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong berkata demikian semasa berucap kepada lebih 200 belia di satu persidangan maya yang membincangkan topik-topik seperti prasangka kaum dan identiti.

Para peserta persidangan HarmonyWorks itu membincangkan topik seperti "hak istimewa kaum Cina" dan berkongsi pandangan mereka terhadap isu-isu perkauman baru-baru ini.

Mereka juga memberi saranan tentang apa lagi boleh dilakukan untuk menggalak keharmonian kaum di Singapura.

Encik Tong juga menekankan peri pentingnya interaksi harian dalam memupuk persefahaman.

"Keharmonian kaum semestinya bukan usaha satu hari. Ia bukan satu insiden, bukan khusus pada satu ketika saja tetapi saya rasa ia adalah usaha selama 365 hari, setahun.

"Setiap kali kita keluar, keluar rumah, dalam rumah, sikap kita, bagaimana kita menjadi contoh baik anak-anak kita, bagaimana kita menjadi mentor pekerja muda di tempat kerja, di sekolah.

"Semua perkara ini adalah pengalaman kita bersama dan inilah pengalaman-pengalaman yang menyatukan kita," kata Encik Tong.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan