Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Persatuan Teksi Kebangsaan ganding bahu dengan CAG tarik pemandu ke Lapangan Terbang Changi

Anggaran Waktu Membaca:
Persatuan Teksi Kebangsaan ganding bahu dengan CAG tarik pemandu ke Lapangan Terbang Changi

Penumpang beratur di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi pada 12 Mei 2022 7.00 malam. (Gambar: Grace Yeoh/CNA)

SINGAPURA: Persatuan Teksi Kebangsaan (NTA) menyatakan pihaknya akan bekerjasama dengan Changi Airport Group (CAG) untuk memberitahu para pemandu mengenai permintaan khidmat teksi di Lapangan Terbang Changi.

Ini akan dilakukan melalui satu aplikasi khusus, platform media sosial serta kumpulan sembang bersama para pemandu.

Langkah ini diambil sedang jumlah pengunjung ke Singapura dijangka meningkat hampir separuh daripada tempoh sebelum COVID-19 melanda.

Bagi menarik para pemandu teksi untuk ke Lapangan Terbang Changi, caj waktu sibuk juga ditambah mulai hari ini (19 Mei). 

Kini, penumpung perlu membayar tambahan S$8 berbanding S$5 sebelum ini. Caj itu juga akan dikenakan setiap hari berbanding hanya pada Jumaat hingga Ahad sebelum ini.

NTA menambah kesatuan itu juga akan terus bekerjasama dengan para pengendali bagi membantu para pemandu dengan cabaran lain seperti kos sewa serta sokongan kewangan.

Ini bagi memastikan teksi kekal sebagai satu wadah pengangkutan penting bagi para penumpang.

Sumber : CNA/RU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan