Skip to main content

Singapura

Persatuan Rakyat lantik Lim Hock Yu sebagai ketua pengarah eksekutif baru

Persatuan Rakyat (PA) melantik Encik Lim Hock Yu sebagai ketua pengarah eksekutif yang baru berkuat kuasa 15 Jun. Demikian menurut PA dalam kenyataan medianya pada Jumaat (5 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Persatuan Rakyat lantik Lim Hock Yu sebagai ketua pengarah eksekutif baru

Encik Lim Hock Yu (kiri) and Encik Desmond Tan Kok Ming. (Gambar: Persatuan Rakyat)

Diterbitkan : 05 Jun 2020 04:58PM Dikemas Kini : 05 Jun 2020 05:02PM

SINGAPURA: Persatuan Rakyat (PA) melantik Encik Lim Hock Yu sebagai ketua pengarah eksekutif yang baru berkuat kuasa 15 Jun. Demikian menurut PA dalam kenyataan medianya pada Jumaat (5 Jun).

Encik Lim akan mengambil alih jawatan yang sebelum ini disandang Encik Desmond Tan Kok Ming, yang menjadi ketua pengarah eksekutif PA sejak 16 Jan 2017. Encik Tan akan meninggalkan Perkhidmatan Awam apabila tempoh khidmatnya di PA berakhir.

Encik Lim adalah timbalan ketua eksekutif PA buat masa ini. Beliau menyertai pertubuhan itu pada April 2016 selepas berkhidmat bersama Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

"Beliau memperkukuhkan keberkesanan operasi Ibu Pejabat PA dan unit-unit lain dengan menginstitusikan rangkaian dan proses-proses kerja lebih kukuh antara Pemerintah, pertubuhan-pertubuhan akar umbi dengan rakyat," menurut PA.

"Beliau juga bertanggungjawab merubah sistem pembelajaran dan pendidikan di Institut Kepimpinan Masyarakat Kebangsaan, iaitu sayap latihan PA."

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing, yang juga Timbalan Pengerusi Lembaga Pengurusan PA, meluahkan penghargaannya kepada Encik Tan dan memuji pencapaiannya.

"Bagi pihak lembaga ini, saya mengucapkan terima kasih kepada Encik Tan atas sumbangan besarnya kepada PA," katanya.

"Di bawah kepimpinannya, PA sudah memperkukuhkan usahanya mendampingi rakyat Singapura dan membantu Pemerintah memahami lebih baik keperluan, keprihatinan dan aspirasi mereka. Saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Encik Lim atas peranan barunya."  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita