Persatuan Peruncit & NTUC meterai perjanjian bantu tingkatkan kemahiran kakitangan
Gerakan buruh dan para peruncit Singapura bersepakat untuk membantu daya inovasi para majikan serta meningkatkan kemahiran para pekerja mereka.
SINGAPURA: Gerakan buruh dan para peruncit Singapura bersepakat untuk membantu daya inovasi para majikan serta meningkatkan kemahiran para pekerja mereka.
Tujuannya untuk meningkatkan daya penghasilan industri jualan runcit.
Perkembangan itu diumumkan semasa majlis penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang.
NTUC dan Persatuan Peruncit Singapura memeterai perjanjian untuk meningkatkan latihan dan penempatan kerja serta memperkasa para pekerja sejajar dengan perubahan industri.
Timbalan Setiausaha Agung NTUC Chee Hong Tat berkata kerjasama dengan Persatuan Peruncit akan membuka jalan ke hadapan bagi industri itu yang sering berubah-ubah.
Latihan semula kian penting sekarang sedang para peruncit cuba mengimbangi antara pasaran online dengan kedai-kedai fizikal.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.