Persatuan Perubatan Cina S'pura ganding bahu dengan Politeknik Nanyang kaji cara terbaik sediakan teh herba
Beberapa firma perubatan Cina TCM di Singapura, tidak lama lagi, mungkin mempunyai lebih banyak piawai industri yang boleh diikuti bagi meningkatkan perniagaan.

SINGAPURA: Beberapa firma perubatan Cina TCM di Singapura, tidak lama lagi, mungkin mempunyai lebih banyak piawai industri yang boleh diikuti bagi meningkatkan perniagaan.
Berkaitan dengan hal itu Persatuan Perubatan Cina Singapura (SCDA) sudah menjalin kerjasama dengan Politeknik Nanyang untuk melakukan kajian saintifik tentang cara terbaik menyediakan teh herba.
Langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha besar bagi menjadikan industri tradisional itu lebih bersifat profesional.
Politeknik Nanyang juga terlibat dalam beberapa lagi rancangan untuk meningkatkan keupayaan industri TCM.
Ini termasuk mengadakan kursus-kursus teknologi digital bagi industri itu bagi merancakkam lagi perniagaannya.
SCDA mempunyai lebih 350 anggota, 80 peratus daripadanya adalah firma kecil dan sederhana.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.