Persatuan Pengakap S'pura lancar program Cabaran Jubli Intan
Presiden Halimah Yacob melancarkan program "Cabaran Jubli Intan" Persatuan Pengakap Singapura pagi tadi (29 Jan).
SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob melancarkan program "Cabaran Jubli Intan" Persatuan Pengakap Singapura pagi tadi (29 Jan).
Program pendidikan belia selama empat tahun itu diadakan menjelang ulang tahun ke-60 Persatuan Pengakap Singapura dalam tahun 2025.
Ia meliputi pelbagai bidang seperti tindakan iklim dan mengurangkan ketidaksamaan.
"Cabaran Jubli Intan" bertujuan membantu para pengakap belajar lebih lanjut tentang matlamat-matlamat pembangunan mampan PBB.
Ia juga mahu membantu mereka mengetahui kedudukan mereka dalam masyarakat dan apa ertinya menjadi rakyat Singapura.
Setiap tahun program itu menampilkan tema berbeza.
Ia bermula tahun ini dengan tema "Diversity and Inclusion".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.