Skip to main content

Singapura

Persatuan Pengakap Singapura lancar pungutan dana secara online

Semasa Minggu Kerja Pengakap tahun ini, para pengakap tidak akan lagi berkunjung dari rumah ke rumah untuk membantu dalam tugasan harian bagi mengumpul dana.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Sep 2020 10:12PM Dikemas Kini : 05 Sep 2020 10:34PM

SINGAPURA: Semasa Minggu Kerja Pengakap tahun ini, para pengakap tidak akan lagi berkunjung dari rumah ke rumah untuk membantu dalam tugasan harian bagi mengumpul dana.

Usaha itu dan beberapa kegiatan pengakap yang lain sudah dibatalkan dek pandemik COVID-19. Sebagai ganti, Persatuan Pengakap Singapura sudah melancarkan pungutan dana secara online bernama "Scouting it Forward".

Orang ramai boleh menyokong seorang pengakap dengan memilih tugasan untuk dilakukannya, seperti mencuci kereta atau bercucuk tanam dengan membuat sumbangan minimum S$10.

Para penderma juga boleh memilih kerja-kerja sukarela untuk dilakukan para pengakap di badan-badan amal dengan menderma sekurang-kurangnya S$50.

Namun, bagi menjaga jarak selamat pada masa ini, tugasan hanya akan dilakukan pada Fasa Ketiga. Para penderma akan dimaklumkan menerusi emel.

Usaha "Scouting it Forward" dilancarkan sempena dengan ulang tahun ke-110 Persatuan Pengakap Singapura.

"Beberapa kegiatan pengakap seperti Minggu Kerja Pengakap tahunan perlu dibatalkan akibat pandemik COVID-19. Bagaimanapun, saya tersentuh kerana ramai pengakap muda kekal berdedikasi untuk berkhidmat kepada masyarakat,dan terus menampilkan budaya berjasa yang kukuh," ujar Presiden Halimah Yacob.

Naib Presiden Persatuan Pengakap Singapura, Dr William Wan turut berkongsi harapan beliau terhadap pungutan dana secara online kali ini.

"Sebelum ini kami mengumpul S$400,000 hingga S$500,000 setahun semasa Minggu Kerja Pengakap, dan juga melakukan cabutan derma.

"Semua itu tidak dilakukan pada masa ini. Kami berharap dengan membuat peluasan, dengan menyertakan elemen membayar ke depan, lebih ramai yang akan mengambil bahagian," tambah Dr Wan. 

Sumber : CNA/ZK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita