Persatuan Palang Merah S'pura ikrar bantuan kemanusiaan $50,000
Dana tersebut akan digunakan untuk membeli dan mengagihkan barang-barang keperluan.
SINGAPURA: Persatuan Palang Merah Singapura sudah mengikrarkan bantuan kemanusiaan berjumlah $50,000 untuk membantu mangsa-mangsa banjir di selatan India.
Palang Merah juga sedang mengumpul derma dari orang ramai untuk menyokong usahanya itu.
Dana tersebut akan digunakan untuk membeli dan mengagihkan barang-barang keperluan.
Palang Merah akan juga menghantar pasukan awal seramai empat orang minggu depan untuk mengirimkan bekalan bantuan serta menilai keperluan lain.
Hampir 100 orang mati akibat banjir di selatan India.
Di Kerala, yang paling teruk terjejas, lebih 150,000 orang sudah diselamatkan dan kini ditempatkan di lebih 1,000 khemah perlindungan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.