Persatuan Muhammadiyah agih 1,400 paket "Briyani Barakah" sempena SG60
Inisiatif 'Briyani Barakah' itu disasarkan kepada golongan penerima bantuan yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah, warga emas serta golongan pekerja hijrahan yang telah memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.
Pengagihan yang diadakan di Pusat Kesihatan dan Jagaan Siang Muhammadiyah (MHCC) pada Sabtu (2 Ogos) turut disokong sekitar 120 para sukarelawan dan kakitangan serta lapan kumpulan penunggang motosikal yang membantu menghantarkan nasi beriani ke rumah para penerima bantuan Persatuan Muhammadiyah.
"Ia sesuai dengan tema SG60 dimana kita ingin memberikan masyarakat wadah untuk Prihatin, Berhubung dan Menyumbang. Jadi dengan harapan mungkin ini adalah satu acara yang kita dapat masyarakat untuk bersama-sama bersatu padu dan memberikan kepada lebih ramai lagi pekerja hijrahan dan juga masyarakat yang memerlukan di Singapura," tambahnya lagi.
"Bila kita dapat berita tentang Muhammadiyah memerlukan sukarelawan untuk mengagih-agihkan makan, kita terus setuju kerana ini merupakan antara program yang kami selalu alu-alukan," kata seorang sukarelawan, Hazzan Omar.
"Kami sangat gembira menjadi sebahagian daripada program SG60 ini. Jadi, sempena dengan program SG60 yang dianjurkan oleh Muhammadiyah, kami turut serta sekali jalan sambil beramal," tambahnya lagi.
Sebanyak 400 paket nasi beriani diagihkan kepada 130 keluarga pada Sabtu (2 Ogos) dengan selebihnya bakal diagihkan kepada para pekerja hijrahan dan keluarga berpendapatan rendah di Bukit Batok pada Ahad (10 Ogos).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.