Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Persatuan keselamatan kutuk tender ejen pengurusan kondo atas 'diskrimasi kaum dan usia'

Persatuan Keselamatan Singapura (SAS) pada Isnin (6 Sep)membidas tender yang dkeluarkan sebuah kondominium di Bukit Batok yang menetapkan agensi keselamatan mengerah pengawal keselamatan yang boleh bercakap Mandarin dan berusia bawah 60 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Persatuan keselamatan kutuk tender ejen pengurusan kondo atas 'diskrimasi kaum dan usia'
Diterbitkan : 07 Sep 2021 12:14PM Dikemas Kini : 07 Sep 2021 12:18PM

SINGAPURA: Persatuan Keselamatan Singapura (SAS) pada Isnin (6 Sep)membidas tender yang dkeluarkan sebuah kondominium di Bukit Batok yang menetapkan agensi keselamatan mengerah pengawal keselamatan yang boleh bercakap Mandarin dan berusia bawah 60 tahun.

Langkah itu disifatkannya sebagai diskriminasi terhadap pekerja yang tidak bertutur dalam bahasa Mandarin dan yang sudah berumur.

Tender tersebut yang dikeluarkan ejen pengurusan kondo Hillview Heights, Savills Property Management turut menyatakan bahawa denda S$100 bagi setiap syif akan dikenakan ke atas agensi keselamatan itu sekiranya ia gagal menyediakan "seorang pengawal keselamatan yang boleh bercakap Mandarin" bagi lebih enam syif setiap bulan.

Pihak pengurusan juga boleh mendenda agensi berkenaan S$100 bagi setiap kali seorang pengawal keselamatan yang berusia bawah 21 tahun atau lebih 60 tahun dikerahkan tanpa kelulusannya.

Dalam satu kenyataan media dan juga sebuah catatan Facebook, SAS menyatakan ia mengemukakan syarat-syarat tertentu dalam tender itu kerana ia kelihatan seperti menghukum agensi-agensi keselamatan melainkan jika ia bersikap diskriminasi apabila menggaji dan mengerahkan pengawal keselamatannya.

"Ia kelihatan seperti niatnya hanya untuk membolehkan seorang pegawai berbangsa China dikerahkan bekerja secara kerap di kondominium itu. Ini adalah dikriminasi kaum."

"Ia (juga) kelihatan tidak membolehkan pekerja berumur dikerahkan di situ," menurut persatuan tersebut sambil menambah bahawa ia akan membawa perkara itu kepada Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil dan Progresif (TAFEP) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

"Namun, kami juga maklum bahawa mungkin tidak banyak yang boleh mereka lakukan kerana garis panduan saksama pengambilan pekerja hanya dilaksanakan ke atas majikan.

"Oleh itu, ejen pengurusan seperti Savills dan pemeroleh khidmat seperti Hillview Heights mungkin akan terlepas daripada dihukum kerana memaksa penyedia khidmat seperti agensi keselamatan untuk mengamalkan sikap diskriminasi."

Menyifatkan perkara itu sebagai "kekurangan dalam undang-undang" persatuan tersebut menyatakan bahawa ia sudahpun menggesa agar TAFEP melanjutkan garis panduannya kepada pemeroleh khidmat.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan